Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

14.5.13

Azmin jadi exco? Saya tak boleh beritahu, kata MB


 
Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim enggan memberitahu sama ada ADUN Bukit Antarabangsa Azmin Ali akan dilantik menjadi exco kerajaan negeri bagi mengelakkan timbulnya spekulasi.

NONEMalah kata Khalid (kiri, bertengkolok), proses pemilihan barisan exco telah pun bermula dan akan diumumkan kepada orang ramai setelah mendapat perkenan daripada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

"Saya tak boleh beritahu. (Perkara) itu (boleh) menjadi spekulasi.

"Saya berjanji dengan semua orang bahawa saya akan berbincang dan tidak akan memberitahu kepada (orang) awam sehingga selesai.

"Itu pun menjadi aku janji saya. Saya tidak boleh menjawab. Saya tidak boleh buat kenyataan sehingga (perkara ini) selesai," kata Khalid.

Beliau menjawab soalan pemberitahu sama ada terdapat muka baru termasuk Azmin yang akan membarisi exco kerajaan negeri yang baru.
Ditanya lanjut sama ada kerajaan negeri akan membentuk jawatan timbalan menteri besar, Khalid berkata: "Itu tidak ada dalam perkiraan kita".

Khalid yang juga ahli parlimen Bandar Tun Razak berkata beliau memerlukan tempoh selewat-lewatnya dua minggu untuk menyiapkan pemilihan barisan exconya

Tiada ulasan: