Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

6.5.13

4 menteri, 4 timbalan kalah

Oleh Nazura Ngah Cetak
4 menteri, 4 timbalan kalah  
 
Raja Nong Chik bersama isteri membuang undi di SMK Bukit Bandaraya Bangsar. Gambar kanan, Saifuddin membuang undi di Sekolah Kebangsaan Lebak. - Foto Luqman Hakim
Calon tewas pertama kali bertanding, penyandang  gagal pertahan kerusi

Kuala Lumpur: Empat anggota Jemaah Menteri dan empat timbalan menteri tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) selepas keputusan rasmi diumumkan setakat jam 12 tengah malam tadi.

Mereka ialah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung; Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha; Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok dan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Turut tewas, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk VK Liew; Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi; Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah dan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Tan Lian Hoe.

Chee Heung yang juga Naib Presiden MCA tewas di kerusi Parlimen Alor Setar dengan majoriti 1,873 undi dalam pertandingan empat penjuru kepada calon PKR, Gooi Hsiao Leung yang memenangi kerusi itu dengan 27,364 undi. Dua calon lain iaitu Abdul Fiso Mohd Isa dari BERJASA dan Jawahar Raja Abdul Wahid dari BERSAMA masing-masing memperoleh 3,530 undi dan 257 undi.

Tewas di Lumut

Manakala Cho Ha yang juga Setiausaha Agung MCA, tewas di Parlimen Lumut kepada calon PKR, Mohamad Imran Abd Hamid dengan majoriti 8,168 undi, manakala Dompok yang juga Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) gagal mempertahankan kerusi Penampang.

Raja Nong Chik yang pertama kali bertanding tewas dalam pertandingan tiga penjuru di kerusi Parlimen Lembah Pantai dengan majoriti 1,847 undi, apabila penyandang kerusi itu, Nurul Izzah Anwar memperoleh 31,008 undi, manakala Rusli Baba dari BEBAS hilang wang pertaruhan apabila hanya memperoleh 167 undi.

Gagal pertahan kerusi

Sementara itu, Saifuddin gagal mempertahankan kerusi Parlimen Temerloh apabila tewas kepada Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan dengan majoriti 1,070 undi.

Lian Hoe yang juga Ketua Wanita GERAKAN terpaksa akur dengan kemenangan lawannya, Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming di kerusi Taiping. Beliau yang pertama kali bertanding di kerusi itu tewas dengan majoriti 11,745 undi adalah penyandang kerusi Parlimen Gerik.

Kalah majoriti 11,298 undi

Pada Pilihan Raya Umum 2008, calon BN dari Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk M Kayveas gagal mempertahankan kerusi Parlimen Taiping yang disandangnya selama satu penggal selepas dikalahkan Kor Ming dengan majoriti 11,298 undi.

Puad gagal mempertahankan kerusi Parlimen Batu Pahat apabila tewas kepada calon PKR, Datuk Idris Jusi dengan majoriti 1,732 undi.

Liew mengalami nasib sama apabila tewas kepada calon DAP, Wong Tien Fatt di kerusi Parlimen Sandakan.

Beliau yang juga Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) dan penyandang kerusi itu tewas dengan majoriti 1,088.

Tiada ulasan: