Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

11.5.13

LGE: Kelewatan lantik MB S'gor hakis kepercayaan rakyat


3:06PM Mei 11 2013  
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menggesa penyelesaian segera kepada pembentukan kerajaan baru Selangor, sambil menegaskan bahawa kerajaan negeri lain sudah pun berbuat demikian.
 
Walaupun pertikaian dalaman adalah perkara biasa bagi mana-mana parti politik, tetapi beliau berkata, ini tidak boleh berlanjutan dan menjejaskan pentadbiran negeri.

"Kami sangka Selangor akan lebih cepat daripada kita (kerajaan Pulau Pinang), tetapi masih ada masalah. Saya rasa ia perlu diselesaikan dengan cepat...

"Terutamanya apabila semua orang telah membuat keputusan siapakah menteri besar, jadi kita berharap tidak ada lagi kelewatan dan ini boleh diteruskan dengan cepat, kerana ini adalah harapan dan kepercayaan rakyat," katanya dalam sidang media hari ini.

Tiada ulasan: