Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

6.5.13

PM Dijangka Isytihar Cuti Umum Esok

PM Dijangka Isytihar Cuti Umum Esok

    May 5, 2013



KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka mengumumkan cuti umum esok.

Menurut sumber, Najib akan mengumumkan perkara berkenaan sebaik sahaja Barisan Nasional (BN) mendapat majoriti mudah iaitu 112 kerusi.

Sehingga kini, laporan rasmi menyebut yang BN telah pun memenangi 40 kerusi Parlimen.
Najib telah pun tiba di Bilik Gerakan Pilihan Raya Umum (PRU-13) BN di Menara Dato Onn sebentar tadi.

Pengerusi BN itu akan mengikuti keputusan PRU sebelum mengadakan sidang media bagi memaklumkan keputusan terkini parti yang memerintah negara sejak 55 tahun itu.
Beliau juga dijangka menghubungi kepemimpinan BN negeri untuk mendapatkan perkembangan mengenai peluang parti di peringkat negeri.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta kepemimpinan tertinggi BN yang lain.



RangBul@n:

Sebaiknya RangBul@n setiapkali Pilihan Raya Umum (PRU)biarlah diberikan Cuti Umum sehari selepas mengundi. Bukan PRU ini tiap tahun diadakan. Apatah lagi jika dibuat pada hari Ahad yang jadualnya sentiasa sibuk bagi masyarakat di Malaysia.

Di samping ghairah pengundi yang balik kampung mengundi timbul juga masalah perlu menghantar anak-anak ke asrama di hari mengundi, suami isteri yang terpisah jauh: Perkahwinan Jarak Jauh (PJJ) jemputan kenduri kahwin di hujung minggu, aktiviti riadah yang selalu di hari minggu; Masalah ini pasti lagi teruk di negeri yang berkerja di hari Ahad, majikan terpaksa berkorban melepaskan perkerja mereka mengundi. Masa Emas ini terpaksa dikorbankan untuk kewajiban buat negara... PRU.

Lagipun  cuti tersebut (sehari selepas mengundi) tentulah sebagai tanda GUMBIRA bagi parti yang menang pun sempatlah mengesat air mata bagi parti yang kalah yang tak cukup tidur menunggu keputusan pilihan raya.

Tahun ini PR13 paling TERUK dan lembab amat keputusan pilihan raya diumumkan secara penuh. Belum pernah tertera di TV perkataan Keputusan Belum Rasmi sejak 56 tahun merdeka.  Sampai ke jam 11:30 malam perkataan ini masih terus tertera.  (Bermakna kalangan parti lawan masih tak puas dengan CONGAKAN yang SPR lakukan)

Lagi naif seperti keputusan di Perak; sekitar jam 2:00 pagi terpapar di dunia maya; URL rasmi SPR pun URL lainnya; terpampang PR menang dengan bilangan DUN yang jauh amat selesa telah boleh membentuk kerajaan di Perak. Ramai menunggu keputusan negeri Perak yang panas ini, bila dapat saja keputusan terus tidur. Bila bangun pagi semua kertas undi beranak & ada yang mati berperang sesama sendiri. Top-top berlakulah keputusan TIPIS 30-29. BN pulak menang Wah!!!.

Tiada ulasan: