Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

20.5.13

66,000 diberi kerakyatan di Sabah, 11 kali ganda S'wak


1:09PM Mei 20 2013
Daripada 1963 hingga 2012, jumlah kerakyatan yang diberikan kepada warganegara asing di Sabah sebelas kali ganda lebih tinggi daripada negeri jirannya Sarawak, suruhanjaya diraja siasatan berkaitan diberitahu.

Saksi ke-63 Abu Bakar Mat yang juga pengarah Jabatan Pendaftaran Sarawak berkata, dalam tempoh itu, seramai 5373 orang diberikan kerakyatan di Sarawak.

"Di Sabah, jumlahnya 66,000 dalam tempoh yang sama," kata pegawai pengendali Manoj Kurup semasa prosiding di Mahkamah Tingggi Kota Kinabalu hari ini.

Ditanya kenapa jumlahnya kau berbeza, Abu Bakar berkata, secara peribadinya, beliau merasakan Sarawak berbeza dengan Sabah daripada aspek lokasi dan secara politik.

Tiada ulasan: