Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

11.5.13

9 rakyat M'sia diberi amaran sertai perhimpunan di S'pura


 
Pihak berkuasa Singapura sedang mengkaji semula pemberian pas kerja dan pas lawatan kepada sembilan rakyat Malaysia yang dianggap "aktif" menyertai satu perhimpunan haram di Merlion Park pada hari Rabu, kata polis semalam.

Dalam satu kenyataan media, pihak polis berkata, majikan mereka akan dimaklumkan mengenai semakan semula itu dan amaran bersyarat telah dikeluarkan kepada mereka.

Selain sembilan yang diberi amaran itu, 200 orang lain dikatakan turut menyertai perhimpunan itu, termasuk pelakon MediaCorp, Zhang Yaodong dan Shaun Chen. Difahamkan pihak polis telah mengambil kenyataan mereka dan siasatan masih berjalan.

Perhimpunan, di mana pesertanya berpakaian hitam dan membawa sepanduk, adalah sebagai menyahut seruan di media sosial supaya rakyat Malaysia di seluruh dunia menunjukkan perpaduan dengan rakyat senegara mereka.

Ia diadakan serentak dengan perhimpunan mega yang diadakan di Selangor anjuran Pakatan Rakyat pakatan untuk membantah keputusan pilihan raya yang didakwa dicemari dengan penipuan.

Dengan pihak pembangkang berikrar untuk mengadakan lebih banyak perhimpunan bantahan, polis Singapura sebelum ini memberi amaran rakyat asing, termasuk rakyat Malaysia, supaya jangan "mengimport isu domestik mereka ke Singapura dan menjalankan aktiviti yang boleh mengganggu ketenteraman awam, kerana mungkin ada kumpulan yang menentang pandangan itu".

"Mereka yang melanggar undang-undang akan dikenakan tindakan. Ini mungkin termasuk menamatkan visa dan permit kerja mereka," kata polis Khamis lalu, ketika mengumumkan bahawa protes haram yang dirancang didakan hari ini di Taman Merlion telah dibatalkan selepas pihak berkuasa berbincang dengan penganjurnya.

Bagaimanapun, satu lagi bantahan - yang dianjurkan oleh aktivis masyarakat sivil Singapura, Jolovan Wham - berkaitan dengan keputusan pilihan raya Malaysia - nampaknya bersiap sedia untuk diadakan Sudut Pidato esok.

Bantahan itu, menurut Wham, dianjurkan untuk rakyat Singapura "yang mahu menunjukkan sokongan kepada rakan-rakan kami di Malaysia yang memperjuangkan pilihan raya yang adil di negara mereka."

Di laman Facebook, Wham berkata "rakyat asing, termasuk Malaysia" dialu-alukan untuk menyertai protes tersebut, tetapi "sebagai pemerhati sahaja".

Tiada ulasan: