Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

29.5.13

Ghani Osman jadi bos baru Sime Darby?


8:48PM Mei 29 2013
Selepas berkhidmat empat penggal sebagai menteri besar Johor, Datuk Seri Abdul Ghani Othman dispekulasikan bakal dilantik sebagai pengerusi Sime Darby Bhd

Menurut Business Times, satu pengumuman rasmi akan dibuat oleh syarikat tersebut tidak lama lagi.

Jawatan pengerusi syarikat milik Permodalan Nasional Bhd (PNB) itu kosong sejak 8 November lalu, berikutan persaraan Tun Musa Hitam.

Bekas ketua setiausaha negara, Tan Sri Samsudin Osman kini menjadi pengerusi sementaranya.

Dalam pilihan raya umum ke-13 lalu, Abdul Ghani tewas kepada pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang di kerusi Parlimen Gelang Patah.

Tiada ulasan: