Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

12.5.13

'Hapuskan SJK kerana perlembagaan tak iktiraf'


 
Bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah menyeru agar kerajaan menghapuskan sekolah vernakular yang didakwanya bukan sahaja memecahbelahkan masyarakat malah tidak diiktiraf perlembagaan.
“Menurut Perlembagaan, kita sepatutnya hanya ada satu aliran sekolah sahaja. Sepatutnya kita hapuskan sekolah jenis kebangsaan (SJK).

“Hapuskan oleh kerana Perlembagaan tak iktiraf sekolah jenis kebangsaan kerana adanya sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan, adanya sekolah Cina, India, ia memecah-belahkan rakyat,” katanya dalam Seminar Pasca PRU-13 di Kuala Lumpur hari ini.

Golongan yang tidak bersetuju dengan penghapusan SJK pula boleh mendapatkan perintah mahkamah untuk mencabar tindakan tersebut, katanya.
“Kalau ada yang tak setuju, mereka itu anti-perpaduan. Adakah salah bagi saya nyatakan sesuatu yang benar? Sepatutnya apa yang saya kata ini disokong, bukan sahaja oleh masyarakat Melayu tetapi seluruh masyarakat Malaysia.

“Kita perlu berjihad untuk perkasakan orang Melayu. Seandainya ada terdengar suara-suara yang bantah, maka caranya dapatkan perintah mahkamah bahawa kewujudan SJK tak sah dan bertentangan dengan perlembagaan,” katanya yang mendapat tepukan gemuruh hadirin.

Dalam ucapan sebelum itu, bekas pro-canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Tan Sri Abdul Rahmad Arshad yang menimbulkan perkata itu berpendapat sekolah aliran tunggal akan menyatukan sistem persekolahan.

“Satukan sistem persekolahan... buat sekolah satu aliran, sekolah rendah kerajaan dan sekolah menengah kerajaan. Itu sahaja.

"Sekolah jenis kebangsaan Cina dan India yang ada sekarang ini kita ubah kepada sekolah kerajaan. Tak ada jenis-jenis.

"Kita harus praktikkan apa yang boleh dipraktikkan,” katanya yang turut mengambil contoh sistem persekolahan di Indonesia, Thailand dan Filipina.

Seminar berkenaan diadakan bagi membincangkan kesan pilihan raya umum 5 Mei, yang menunjukkan BN hanya mampu menguasai 133 kerusi parlimen, berbanding 140 dalam pilihan raya umum Mac 2008.

Bagaimanapun, Umno yang banyak bertanding di kerusi majoriti Melayu berjaya memperolehi sembilan lagi kerusi, berbanding hanya 79 kerusi pada 2008, walau parti BN yang bertanding di kerusi majoriti Cina – MCA dan Gerakan – kalah teruk dalam pilihan raya kali ini,

Di sisi Pakatan Rakyat pula, ramai calon Melayu menang di kerusi campuran, malah turut menewaskan calon pencabar dari kaum Cina.

RangBul@n:

Banyak negara luar contohnya di kota Beijing; syarikat swasta yang membina lebuh raya hanya mengutip tol sekitar 15 tahun; negara kita sampai 30 tahun ianya terlalu lama. Keuntungan PLUS contohnya telah berganda-ganda.

  • Zahman Za · Pengulas Tertinggi
    Tak perlu kepada taraf dr/profesor untuk mencari punca kenapa Melayu. Cina, India dan lain-lain tidak pilih BN. Rakyat sudah mula cerdik iaitu mereka :
    1. Mahu negara berada pada landasan yang baru.
    2. Rakyat mahu beban hidup diringankan dengan harga petrol direndahkan sikit.
    3. Diringankan kos hidup dengan dasar jalan tanpa tol.
    4. Diringankan beban hidup dengan pendidikan percuma dari sek rendah ke peringkat tinggi.
    5. Rakyat mahu harga kenderaan motor diturunkan setanding negara siam/indo.
    6 Tarif api dimurahkan sikit dan harga langganan siaran tv sangat tinggi berbandi negara siam free
    7. Rakyat mahu segala kos projek-projek pada tahap yang munasabah.
    8. Jenayah diperangi bukan main-main
     
     

Tiada ulasan: