Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

17.5.13

Zahid: Berhijrah jika tidak mahu terima sistem p'raya


6:05PM Mei 16 2013  
Naib presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyeru golongan yang enggan menerima sistem pilihan raya Malaysia agar meninggalkan negara ini dan berhijrah ke negara yang menjalankan pilihan raya mengikut kaedah yang digemari.

Beliau yang baru dilantik mengetuai kementerian dalam negeri mensasarkan perkara itu kepada golongan pengikut parti politik yang berpakaian serba hitam dalam kempen bagi membantah keputusan pilihan raya umum ke-13.

“Pemimpin-pemimpin parti pembangkang khususnya PKR dan DAP telah mengelirukan anak-anak muda Cina dan para pengikut yang buta politik untuk berpakaian serba hitam sebagai tanda protes terhadap keputusan PRU-13 yang dianggap memihak kepada mereka mengikut undi popular,” katanya.

NONEJika golongan ini mahu menerima pakai list system atau single transferable vote seperti mana yang digunakan oleh negara-negara republik, sepatutnya mereka berhijrah ke negara-negara berkenaan untuk mempraktikkan kepercayaan politik mereka,” katanya dalam tulisan di akhbar Utusan Malaysia.

Tambahnya, Malaysia tidak mengiktiraf undi popular tetapi majoriti mudah seperti yang diamalkan dalam sistem Westminster.

Pakatan Rakyat berjaya meraih undi popular sebanyak 51.78 peratus berbanding dengan pencapaian BN sebanyak 48.22 peratus.

Ahmad Zahid berkata golongan penyokong tersebut sepatutnya menerima sistem  politik dan pembentukan kerajaan seperti diperuntukkan dalam perlembagaan, sekiranya mereka benar-benar setia kepada negara ini.

“Mereka juga hendaklah mengakui hakikat kekalahan dan penolakan rakyat se bagaimana yang terdapat dalam sistem first past the post yang terpakai buat sekian lama di negara ini.

“Perhimpunan haram yang dianjurkan secara road show hanya merupakan escapism untuk lari daripada menerima hakikat kegagalan pembangkang untuk menguasai Putrajaya,” katanya.

  • Pyanhabib Rahman · Pengulas Tertinggi
    BAGUSLAH. Sekurang-kurangnya rakyat bangang macam gua akan terfikir ada menteri yang bermentaliti bangang seperti gua di dalam Kabinet. Sepatutnya mereka yang dilantik menjadi menteri pasca PRU-13, punya hati perut untuk bertimbang rasa, bukan diambil kesempatan membalas dendam terhadap lawan atau terhadap rakyat yang tidak sehaluan. Untuk media arus perdana -pedulilah media pembangkang- yang terus-terusan bertindak sebagai pengadu domba dan menyakitkan hati rakyat, ok, teruskan. (baca: lantaklah!)
 
 
Chris Chin 泳華 · · Pengulas Tertinggi · Marketing Director di Bedazzlebeauty
Ooii!!! u yg keluar jd menteri kat bangladesh.. rakyat dah tolak kamu dgn 52%, x tau malu kah u..
  • Asmaul Haq · Pengulas Tertinggi · Pengusaha di Perubatan Islam
    suruh je BN BUAT bumi sndiri air sndiri udara sndiri.blh perintah sampai kiamat.x payah nak halau2 org Allah yg jadikn kami semua.malaysia ni xde dlm Quran BN punya.

  • Rehan Hazziza · Pengulas Tertinggi · Kedah
    SUKA ati jerr nak halau orang...

    Masih jugak tak sedar2, anak2 muda yang protes tu bukannya seperti anak2 muda UMNO yang takde pendidikan, Tetapi mereka tu semua golongan terpelajar, student, mahasiswa dan golongan profesional. Awak pikir meka sumua simpan otak kat pala lutut ka?

    Mereka bukan jenis mudah terpedaya miski disogok wang, mereka juga tidak mudah dikelirukan. Kerana mereka semua tu merupakan golongan enlightment, yang nampak pincangnya demokrasi negara!

    Mereka protes bukannya meminta kaedah piliharaya yang digemari, mereka cuma mintak amalan demokrasi dilaksanakan dengan betul, telus, bersih dan adil. Bukan seperti yang berlaku dalam PRU13, yang jelas menunjukkan pilihan raya telah dilaksanakan mengikut kaedah yang digemari UMNO/BN ...
  • Wfauzdin Ns · · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Ex Army · 1,009 orang pelanggan
    Kita pun nk beritahu zahid, jika tak mahu terima hukum Islam yg Allah perintahkan, sila cari bumi lain yg bukan Allah cipta.....
     

    • Putra Kb · Pengulas Tertinggi · UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, BANGI, SELANGOR
      sedih sungguh mentaliti pemimpin umno mcm ni..bila bantah penipuan dikatanya tak setia dgn negara, bila mrk menipu dlm pilihanraya, oh itu sistem demokrasi yg berjaya...mentaliti yg lebih rendah drp pemimpin Gabon, Zimbabwe, Rwanda, Guinea dll negara Afrika
     
 
 

Tiada ulasan: