Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

16.5.13

Kabinet: Salang tolak jawatan timbalan menteri


Wartawan Sinar Harian
16 Mei 2013
Datuk Joseph Salang
Datuk Joseph Salang
SIBU - Anggota Parlimen Julau Datuk Joseph Salang telah menolak pelantikannya sebagai Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan dalam barisan baharu Kabinet Persekutuan yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Salang, yang juga naib presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), ketika dihubungi berkata jika beliau perlu memilih antara menjadi timbalan menteri dan keluarganya, maka "saya memilih keluarga saya".

Katanya beliau mungkin mempertimbangkan jika ianya adalah jawatan yang lebih tinggi atau jawatan menteri penuh.

"Saya fikir adalah lebih baik memberi laluan kepada orang lain untuk jawatan timbalan menteri," katanya yang menjadi timbalan menteri Penerangan, Komunikasi
dan Kebudayaan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), 5 Mei lepas.

Pada PRU13, Salang mempertahankan kerusinya dengan menewaskan calon Parti Pekerja Sarawak, Wong anak Judat dan Andy Wong Hong Yu dari PKR dengan majoriti 5,955 undi.

Sementara itu, penyokong Salang di Julau kecewa apabila wakil rakyatnya itu tidak diberi jawatan menteri penuh walaupun berkhidmat sebagai timbalan menteri
di tiga portfolio berlainan sebelum ini.

"Memandangkan pengalaman luas, komitmen, dedikasi dan keikhlasan beliau, kita jangka beliau dinaikkan pangkat tetapi beliau telah diberi jawatan yang agak rendah, " kata Desmond Sunok, seorang jurucakap kumpulan itu.

Beliau berkata Salang juga telah menghubunginya atas keputusan untuk tidak menerima jawatan baharu itu. - Bernama

Tiada ulasan: