Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

15.5.13

GAMBAR : Kuantan Dihitamkan Oleh Protes PRU-13

Walaupun perubahan tempat dibuat pada saat-saat akhir, ribuan orang masih menghadiri perhimpunan Pakatan Rakyat bagi membantah keputusan pilihan raya umum ke-13, demikian lapor MSTAR.



Kumpulan orang ramai yang kebanyakannya berpakaian T-shirt hitam membanjiri ibu pejabat PKR yang lama di Jalan Beserah di sini selepas penganjur menukar lokasi perhimpunan asal di Mahkota Aman beberapa jam terdahulu.

Perhimpunan pertama Pakatan telah diadakan di Kelana Jaya Rabu lalu diikuti di Pulau Pinang pada Sabtu dan di Ipoh pada Ahad.

Pengerusi majlis itu Datuk Johari Abdul menganggarkan kehadiran yang rata-rata berpakaian hitam sekitar 30,000 orang.

Jumlah itu kata Rafizan, tidak termasuk mereka yang berada di luar kawasan padang tempat himpunan berlangsung.

Himpunan malam ini asalnya dijadual berlangsung di Padang Mahkota Aman, Kuantan.

Bagaimanapun, lokasi perhimpunan tersebut dipindahkan selepas rundingan dengan wakil polis daerah Kuantan yang mendakwa ia tidak mematuhi peruntukan seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012.

Antara yang bercakap pada malam ini bekas calon PKR sungai Acheh, Badrul Hisham Shaharin yang lebih dikenali sebagai Chegudard, Ketua Srikandi PKR Siti Aishah Shaik Ismail, Pengerusi PKR Pahang Datuk Fauzi Abdul Rahman dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Esok, satu lagi himpunan ini yang turut dikenali sebagai "Blackout 505" ini akan berlangsung di Johor Bahru.







Tiada ulasan: