Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

15.5.13

Penganalisis : Nisbah jawatan Exco Selangor penggal lalu perlu dikekalkan


NURULFATIHA MUAH
15 Mei 2013
Prof Dr Jayum Jawan
Prof Dr Jayum Jawan
 
SHAH ALAM – Perubahan nisbah pembahagian jawatan dalam barisan Exco Kerajaan Selangor disifatkan tidak signifikan walaupun berlaku perbezaan jumlah kerusi yang dimenangi PKR, Pas dan DAP pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Penganalisis politik, Prof Dr Jayum Jawan berkata, ini kerana, perbezaan jumlah kerusi dimenangi Pas dan DAP berbanding PKR adalah sedikit iaitu hanya dipisahkan dengan satu kerusi sahaja.

“Kalau hendak berebut jawatan Exco (kerajaan negeri) kerana satu atau dua kerusi memang tidak signifikan. Ia (jawatan Exco) tidak penting dengan jumlah yang diperoleh.

“Perebutan kuasa akan berlaku (jika ada perubahan), tapi formula (nisbah 4:3:3) elok dikekalkan sebab perubahan (jumlah kerusi) tidak nampak sangat,” katanya ketika diminta mengulas berhubung perubahan dalam pembahagian jawatan Exco kerajaan negeri.

Pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12), Pas hanya memperoleh lapan kerusi, PKR pula 15 kerusi dan DAP sebanyak 13 kerusi, bagaimanapun pada pilihan raya 5 Mei lalu, Pas dan DAP masing-masing memperoleh 15 kerusi, manakala PKR pula sebanyak 14 kerusi.

Berdasarkan penggal lalu, PKR memegang empat jawatan Exco, manakala Pas dan DAP masing-masing tiga tempat.

Ditanya mengenai kemungkinan pertambahan jawatan Exco dan berlaku pengurangan portfolio di Selangor, Jayum yang juga Timbalan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN), berkata, keadaan berkenaan sukar berlaku memandangkan ia perlu melalui proses yang rumit.

“Jika ada sembilan atau 10 jawatan Exco, itu adalah standard. Kalau hendak lebih (jawatan Exco), ada sesetengah peruntukan negeri menetapkan, ia perlukan perkenan sultan atau Yang Dipertua Negeri untuk memperbesarkan (memperbanyak) jawatan Exco.

“Seorang Exco yang memegang banyak portfolio kerana ia adalah selaras dengan portfolio di peringkat Persekutuan,” katanya.

Mengulas mengenai barisan Exco kerajaan negeri baru, Jayum berpendapat, sekurang-kurangnya tiga Exco baru akan ditampilkan menggantikan barisan Exco lama yang tidak bertanding seperti Teresa Kok dan Ronnie Liu.

“Ada dua muka daripada DAP tetapi untuk PKR, kita tidak tahu lagi, mungkin Elizabeth Wong yang pernah terpalit kontroversi itu tidak akan terpilih. Itu bergantung kepada keputusan parti,” katanya.

Sementara itu, Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan memilih ‘muka lama’ untuk membarisi jawatan Exco berdasarkan kepada prestasi yang ditunjukkan pada penggal lalu.

Menurutnya, formula nisbah jawatan Exco pada penggal lalu perlu dikekalkan untuk mengelakkan 'percakaran' dalam gabungan tiga parti di bawah Pakatan Rakyat (PR).

“Kalau mengikut kebiasaan, parti yang menang banyak kerusi akan dapat banyak jawatan dalam Exco. Namun, semangat PR di Selangor hatta Barisan Nasional (BN) sekalipun, ianya bergantung kepada konsensus bersama dan perlu ada ‘give and take’,” katanya.

Tiada ulasan: