Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

22.5.13

Pemimpin Pemuda Umno nafi terlibat kekecohan


 
Timbalan Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang Norman Zahalan hari ini menafikan terlibat dengan kekecohan pada Isnin malam lalu dalam acara nyalaan lilin bagi menunjukkan kebersamaan dengan aktivis Adam Adli Abdul Halim yang ditahan polis di Kuala Lumpur.

Adam kini ditahan di lokap di Jinjang, Kepong bawah akta hasutan.

NONENorman hari ini membuat laporan polis di balai polis Sungai Nibong terhadap anggota Parlimen Serdang Ong Kian Ming yang dalam tweetnya mendakwa Norman terlibat dengan insiden gangguan oleh sekumpulan 15 individu.

Norman juga membuat laporan, kereta Proton Perdana beliau rosak, dengan cermin depan berkecai selepas insiden itu.

Acara yang dihadiri kira-kira 30 orang di depan Universiti Sains Malaysia (USM) itu turut menyaksikan dua wartawan dikasari oleh kumpulan pengacau.

Tiada ulasan: