Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

29.5.13

Menteri: JPM mahu bantu keluarga Dharmendran


5:04PM Mei 29 2013
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Paul Low menjelaskan bahawa jabatan itu menghubungi keluarga mendiang Dhamendran untuk menghulurkan bantuan dan bukan untuk menyelesaikan isu kematian itu di luar mahkamah.

Menurutnya, JPM mahu Polis Di Raja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mempercepat siasatan kematian itu.

"Atas dasar inilah pejabat saya cuba menghubungi keluarganya semalam. Kami cuba jelaskan yang kami bersedia bekerja dengan mana-mana pihak tanpa mengira fahaman politik.

"Malangnya ia disalah erti sebagai usaha untuk menyelesaikannya di luar mahkamah. Kami tidak pernah berniat demikian," kata Paul Low dalam kenyataannya.

Menurut Paul Low, pihaknya juga telah menghubungi MP Subang Sivarasa Rasiah bagi menjelaskan bahawa beliau bersedia merapatkan jurang politik bagi menyelesaikan kes itu.

Bapa kepada mendiang N Dharmendran, B Narayanasamy pagi tadi mendakwa, seorang pegawai kepada menteri di JPM menghubungi keluarganya untuk mengadakan pertemuan secara rahsia berhubung kes anaknya yang mati di lokap polis 21 Mei lalu.

Beliau mendakwa lelaki itu yang menghubunginya malam Isnin lalu turut meminta agar tidak memberitahu sesiapa mengenai perbualan mereka.

Tiada ulasan: