Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

5.5.13

Cita-cita Najib untuk kronikan UMNO @ BN gagal


Posted on Monday, May 06 @ 11:05:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh TKOOffline


Sebelum ini ada artikel menyebut bagaimana 5 pegawai Najib telah digunakan untuk menyingkir 5 calon utama BN bagi memperkukuhkan kedudukan Najib selepas PRU nanti daripada serangan untuk pemilihan calon dalam pemilihan UMNO nanti. Artikel oleh WTKO di sini boleh di rujuk.

Hasrat dan cita-cita Najib untuk mencipta kuasa dalam kerajaan gagal apabila kesemua pegawainya kalah dalam PRU-13 semalam.

Dua pegawai khas beliau tewas kepada calon PAS di Kedah, Datuk Shahlan Ismail dan Datuk Latt Shariman Abdullah walaupun BN berjaya merampas semula negeri yang jatuh ke tangan BN dalam Pilihan Raya 2008. Dengan ini Najib tak boleh menguasai Negeri yang akan dipimpin oleh Muhkriz dengan orang-orangnya. Nampak gaya Najib jadi pak turut Mahathir lagilah!!
 
 
 
Shahlan tewas dengan majoriti 3,935 kepada calon PAS Datuk Mahfuz Omar di kerusi Parlimen Pokok Sena, manakala Latt Shariman pula tewas kepada calon PAS Mohd Nasir Mustafa dengan majoriti 1,044 di kerusi dewan undangan negeri (DUN) Kubang Rotan.

Manakala cubaan Najib untuk sekurang-kurangnya mendapat tiga kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur juga gagal selepas Setiausaha Politiknya di Kementerian Kewangan, Datuk Mohd Shafei Abdullah tewas kepada calon PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong dengan majoriti yang lebih besar sebanyak 5,511 berbanding keputusan yang diperoleh pada tahun 2008.

Dua lagi pegawai khas beliau yang tewas di kerusi Parlimen adalah Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh di Kota Baru dan Datuk Mohamed Suffian Awang di Kuantan.

Mampukan geng-geng Muhyiddin Mat Yasin menumbangkan najib dalam pemilihan UMNO kali ini. Kita tunggu dan lihat.

Tiada ulasan: