Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

5.5.13

Penipuan SPR yang melampau!

Posted on Monday, May 06 @ 11:03:05 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Respon Oleh: notan

"Assalamualaikum,, PRU 13 mencacat sejarah paling hodoh dalam sejarah politik Malaysia.Penipuan SPR sudah dapat disaksikan dengan mata kepala rakyat, dari sebelum hari mengundi di bawa ke hari mengundi dan dilanjutkan pula ketika mengira undi.Sudah tidak dapat disangkalkan lagi.

Saya menerima panggilan dari kawan yang berada di Kuantan yang mengatakan ramai yang tidak puashati dengan cara SPR mengendalikan PRU kali ini dan saya kira sentimen  ini mungkin berlaku di seluruh negara.

Pagi tadi pula seorang kawan memberitahu ada pihak yang mahu ke pejabat SPR hari ini untuk mendapatkan penjelasan. Dah lewat malam semalam seorang kawan  juga menyatakan keyakinan dengan berita kebangkitan rakyat melawan penipuan  yang terlalu nyata ini. DSAI pula mengesahkan PR tidak menerima keputusan PRU 13 yang bermakna PRU 13 masih belum berakhir. Fokus semua rakyat sekarang ialah SPR yang menipu.

Saya melihat satu keanehan kepada keputusan PRU 13 terutama keputusan bagi Parlimen yang mencacatkan peningkatan kerusi PR tetapi dalam masa yang sama PR hilang banyak kerusi yang dimenangi pada PRU 12 dulu.Keanehan ini disokong dengan hujah bahawa kalau kerusi yang dimenangi pada PRU 12 dapat dipertahankan sudah tentu PR dapat membentuk kerajaan pusat bukannya BN. Tetapi masih terlalu awal untuk membuat analisa mengenai perkara ini walaupun saya terhidu peranan yang dimainkan oleh Deris Jusoh, anak Terengganu yang cukup licik dalam melakukan perkara prkara yang tidak disangka oleh semua.


Tetapi fokus artikal ini ialah kepada penipuan SPR yang juga licik seperti Deris Jusoh di mana peranannya turut ditunjangi oleh timbalan pengerusinya yang juga anak Terengganu, satu negeri dengan saya. Rakyat terlalu kerdil bagi SPR, rakyat boleh diperbodohkan bila-bila masa. Dakwat kekal yang dipertahankan oleh SPR cumalah permainan memperbodohkan rakyat. Mana mungkin SPR yang tegar mengatakan ianya kekal sedangkan rakyat yang mengalami sendiri menyaksikan ianya bukan kekal. Mana mungkin di banyak tempat berlaku blackout ketika mengira undi.

Yang paling ketara ialah hadirnya warga negara asing beratur untuk mengundi. Di mana SPR yang mendakwa mereka tidak boleh dihalang dan dilarang mengundi kerana mereka ada IC Malaysia sedangkan semua tahu mereka itu berasal dari Bangla, Nepal dan beberapa negara luar yang tidak sepatutnya diberi IC dan tidak sepatutnya didaftarkan sebagai pengundi.
Kita tahu SPR sebagai badan bebas yang seharusnya bebas dari sebarang tindakan  berat sebelah. Tetapi SPR bertindak sebagai pengadil yang sentiasa memihak kepada sebelah pihak dengan memastikan pihak tersebut sentiasa menang dalam perlawanan.

Penipuan ketara SPR kali ini sudah sampai  ketahap melampau dan akibatnya rakyat yang rugi.Rakyat tidak bebas memilih kerajaan yang dikehendaki mereka dan rakyat  juga terpaksa berdepan dengan pencerobohan asing.

Kalau rakyat tidak memaafkan SPR, itu wajar kerana negara kita tanggungjawab kita. Kalau rakyat ditakutkan dengan penguasaan politik sesuatu bangsa bagaimana pula kehadiran warga asing, tidakkah rakyat bimbang mengenai kemungkinan jangka panjang yang memungkinkan mereka menguasai persada politik tanah air? Kalau ini berlaku yang terpaksa berdepan dengan mereka ialah generasi anak cucu kita nanti.

Jadi SPR perlu ditanya hala tuju mereka, PRU 13 belum berakhir! "

RangBula@n:

Pelik amat sy mengikuti perkembangan keputusan dari laman web/situs  SPR; sekitar jam 2:00 pagi telah pun tercatat & diuar-uarkan PR boleh membentuk kerajaan di Perak jauh lebih banyak DUN yang PR menang bukan 29. Lalu sy tidurlah sebab esok banyak urusam PM pun tak sempat nak kasi Cuti Umum. Mungkin terlupa semua rakyat Malaysia terlibat dengan PRU13; tak mengundi jadi pengiring keluarga.

Tak bolehkah difikirkan mengira secara moden; atau guna dua cara lama & baru. Excel dah ada Skrin besar untuk semua pemerhati nak tenguk bagaiman pengundi atau penyokong mereka memangkah undi  untuk memastikan semua nampak bagaimana Jurukira Undi yang berkerja. Terlalu banyak perisian IT yang dapat membantu untuk mendapat kiraan yang betul tanya RALAT & pantas;  Taklah berlaku perkara PELIT. Tiap kali kira berubah... tiap kali kira berubah jumlahnya; jika dikira sebanyak 100 kali pun masih berubah jumlahnya, bagaikan kertas undi tu boleh beranak atau MATI dikebumikan oleh SPR.


Tiada ulasan: