Nasib tidak menyebelahi Gerakan dalam pilihn raya umum ke-13 (PRU13) apabila ia hanya memenangi satu kerusi Parlimen dan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
  
Kerusi Parlimen yang dimenanginya ialah Simpang Renggam bagi penggal kedua menerusi Liang Teck Meng yang mengalahkan Suhaizan Kiat dari PAS dengan majoriti 5,706 undi.
  
Tiga kerusi DUN pula ialah di Sidam, Kedah; Pemanis, Johor dan Tanjong Papat, Sabah.
  
Gerakan bertanding di 11 kerusi Parlimen dan 31 kerusi DUN pada PRU13.
  
Pada 2008, ia menang dua kerusi Parlimen dan empat kerusi DUN.
  
Sehubungan itu, Teng Chang Yeow mengumumkan akan meletak jawatan sebagai pengerusi BN Pulau Pinang dan setiausaha agung Gerakan.
  
Pada 2008, pemerintahan kerajaan negeri Pulau Pinang jatuh kepada DAP selepas ia memerintah selama 39 tahun.

- Bernama