Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

5.5.13

BN menang PRU13


6:07PM Mei 5 2013

Proses penjumlahan undi bermula seawal jam 6 petang di pusat 8,245 pusat pengundian di seluruh negara dengan diperhatikan oleh ejen calon parti masing-masing.
LAPORAN LANGSUNG
1.46am: Ketua menteri sementara Pulau Pinang Lim Guan Eng menolak tanggapan bahawa Pakatan Rakyat tidak berjaya memperluaskan pengaruh di kalangan pengundi Melayu di negeri tersebut dalam pilihan raya sebelum ini.

"Kami masih belum menjalankan analisis lengkap namun mendapati majoriti di kebanyakan kerusi kami menigngkat. Ada pertambahan undi Melayu, contohnya di Sungai Pinang kami menang dengan 4,000 lebih dan itu dua kali ganda majoriti kami.

“Itu hanya boleh dicapai dengan mengekalkan undi Melayu atau pertambahannya sedikit. Saya rasa ia meluas di kesemua kerusi. Dan kami menang kerusi Melayu di Seberang Jaya, di Permatang Pauh,” katanya.

Tambahnya, kejayaan Pakatan Rakyat mengekalkan peguasaan di negeri tersebut menunjukkan bahawa rakyat negeri itu menolak “politik wang, keganasan dan gengsterisme”.

Bercakap dalam sidang medianya malam ini, beliau juga berterima kasih dengan PAS dan PKR dan berkata pertandingan kali ini juga amat sengit, terutama di kerusi DUN Air Putih yang ditandinginya.

Keputusan rasmi yang dikeluarkan SPR awal pagi ini menyatakan DAP menang 16 kerusi, BN dan PKR masing-masing sembilan kerusi, serta PAS satu kerusi.
1.10am Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, keputusan pilihan raya hari ini menunjukkan berlakunya trend polarisasi pengundian yang membimbangkan dan boleh mencetuskan ketegangan.

Justeru itu, tambahnya, kerajaan akan memperkenalkan "national reconciliation" untuk mengekang fahaman keterlaluan

Beliau juga meminta pembangkang hormati keputusan rakyat.

1.05am:
Pengarah Pilihan Raya Pas Kedah, Senator Datuk Muhamad Yusuf Husin berkata berkata Pakatan hanya mampu mempertahankan 15 kerusi DUN berbanding 21 yang dimenangi BN di negeri itu.

BN Perak juga berjaya membentuk kerajaan di negeri tersebut.

12.48am
BN sudah mendapat 112 kerusi Parlimen, sekali gus kembali berkuasa dengan majoriti mudah.

12.45am:
BN telah memperolehi 108 kerusi Parlimen dan memerlukan empat lagi kerusi untuk mendapatkan majoriti mudah.
12.40am: Calon Bebas, Datuk Ibrahim Ali gagal mempertahankan kerusi Parlimen Pasir Mas

Di KELANTAN Pakatan menang 10 kerusi Parlimen, BN 4. PAS menang 33 kerusi DUN, BN 12.
12.27: Mengikut SPR, sehingga tengah malam ini, BN telah memenangi 97 kerusi Parlimen, manakala Pakatan Rakyat memperolehi 48 kerusi (DAP 25, PKR 14 dan PAS 9)
12.20am: RASMI BN kekal menguasai Perlis apabila parti itu menang 13 daripada 15 kerusi DUN.
12.11am: Berikut adalah senarai kerusi yang berjaya dirampas Pakatan dan sebaliknya oleh BN setakat ini.
Kerusi dirampas Pakatan:
  • Stampin (DAP)
  • Sarikei (DAP)
  • Lanang (DAP)
  • Kluang (DAP)
  • Kampar (DAP)
  • Miri (PKR)
  • Lumut (PKR)
  • Gelang Patah (DAP)
  • Sandakan (DAP)
  • Sibu (DAP)
  • Tuaran (PKR)
  • Penampang (PKR)
  • Bukit Katil (PKR)
  • Temerloh (PAS)
  • Alor Setar (PKR)
  • Pandan (PKR)
Kerusi dirampas BN:
  • Titiwangsa (PAS)
  • Kuala Selangor (PAS)
  • Pendang (PAS)
  • Balik Pulau (PKR)
  • Bagan Serai (PKR)
12.07am: 19 kerusi DUN Kedah dipercayai dalam genggaman BN. Pengerusi BN negeri Datuk Ahmad Bashah dijangka akan mengadakan sidang media lewat malam ini.
12.02am: Naib presiden PAS Salahuddin Ayub tewas di Pulai dengan majoriti 4,000 undi.

Penyandang kerusi Kuala Krai, Dr Hatta Ramii pula berjaya mengekalkan kerusi berkenaan.
11.55pm: PKR dalam satu menyatakan parti itu akan mengumumkan kemenangan di 29 kerusi parlimen berikut:
  • Bukit Katil
  • Lembah Pantai
  • Wangsa Maju
  • Bayan Baru
  • Subang
  • Kuantan
  • Tuaran
  • Pandan
  • Gopeng
  • Permatang Pauh
  • Bandar Tun Razak
  • PJ Selatan
  • Teluk Kemang
  • Kelana Jaya
  • Penampang
  • Ampang
  • Miri
  • Lumut
  • Batu
  • Nibong Tebal
  • Selayang
  • Indera Mahkota
  • Sungai Siput
  • Kuala Langat
  • Kapar
  • Gombak
  • Kuala Kedah
  • Alor Setar
  • Sg Petani
 11.51pm: Utusan melaporkan Othman Abdul (BN) menewaskan timbalan presiden PAS Mohamad Sabu di Pendang dengan majoriti 2,600 undi.
11.43pm: PAS mengumumkan ketua pemudanya Nasruddin Hassan berjaya menewaskan Datuk Saifuddin Abdullah di kerusi Temerloh.

11.36pm: Timbalan mursyidul am PAS Datuk Haron Din tewas di kerusi Arau. Ia dimenangi bekas menteri besar Datuk Seri Shahidan Kassim.
11.29pm: Pemimpin DAP Charles Santiago berkata Pakatan Rakyat berjaya mengekalkan negeri Selangor dengan pertambahan dua kerusi DUN.

Pakatan menguasai 38 kerusi berbanding 18 di tangan BN.

11.23pm: Perkembangan setakat ini menunjukkan BN semakin menguasai di Kedah melalui 19 kerusi DUN yang. Pakatan setakat ini menguasai 14 kerusi daripada 36 DUN di negeri itu.

Bagaimanapun penjumlahan untuk kerusi berkenaan setakat ini masih berjalan.
Berikut adalah kerusi DUN yang kini sedang dikuasai BN:
  • Ayer Hangat
  • Kuah
  • Kota Siputeh
  • Ayer Hitam
  • Jitra
  • Kuala Nerang
  • Bukit Lada
  • Bakar Bata
  • Sg Tiang
  • Guar Cempedak
  • Gurun
  • Belantik
  • Jeneri
  • Tanjung Dawai
  • Pantai Merdeka
  • Bayu
  • Kupang
  • Bandar Baru
  • Bukit Kayu Hitam

11.10pm:
Keputusan tidak rasmi setakat ini menunjukkan 15 kerusi DUN dikuasai BN di Kedah. PAS berjaya menguasai 13 kerusi, daripada keseluruhan 36 kerusi.
10.59pm: PKR mengumumkan penyandang kerusi Bandar Tun Razak Tan Sri Khalid Ibrahim menang. Beliau juga mendahului dalam penjumlahan untuk kerusi DUN Pelabuhan Kelang.

10.47:
Khalid Samad (PAS) menang di Shah Alam menewaskan naib presiden PERKASA Zulkifli Noordin (BN) dengan majoriti lebih 10,000.
10.42: PAS mengumumkan parti itu hanya berjaya menguasai 15 daripada 32 kerusi DUN Terengganu. BN menang 17 kerusi.
10.39pm: Laporan Utusan menyebut BN menang di Negeri Sembilan dengan majoriti mudah.
10.35pm: RASMI DAP menang di kerusi Kepong dan Seputeh.
10.28pm: PKR mengumumkan calonnya Datuk Seri Chua Jui Meng tewas di Segamat.
Bagaimanapun, calon mereka masih mendahului dalam penjumlahan yang masih berjalan di Tebrau dan Pasir Gudang.
Parti itu juga mengumumkan menang di Lembah Pantai dan juga kerusi Lumut.

10.25pm:
DAP mengumumkan penasihatnya Lim Kit Siang berjaya merampas kerusi Gelang Patah.
Laman Harakahdaily mengungumkan naib presiden parti itu Salahuddin Ayub berjaya merampas kerusi Pulai.
10.21pm: Maklumat tidak rasmi menyebut BN berjaya menguasai 12 kerusi DUN Kedah, berbanding 9 yang dikuasai Pakatan.
Kedah mempunyai 36 kerusi DUN.
9.56pm: Liew Chin Tong (DAP) berjaya merampas kerusi parlimen Kluang dari MCA berdasarkan 89 peratus undi yang dijumlahkan setakat ini.

DAP - 33,863
BN - 26,499

DAP juga dijangka menang di Kulai. Undi yang diperolehi setakat ini seperti berikut:

DAP - 28,058
BN - 16,192
Bebas - 137

Di Gelang Patah, Lim Kit Siang (DAP) dijangka menang. Parti itu meningkatkan jumlah yang didahuluinya dengan 10,577 undi.

DAP - 29,942
BN - 19,365

9.53pm Maklumat di laman pru13.pas.org.my menunjukkan Pakatan Rakyat mengekalkan penguasaan di Kelantan dengan majoriti mudah 23 daripada 45 kerusi DUN.

9.40pm:
Nurul Izzah Anwar (PKR) dijangka mengekalkan kerusi Lembah Pantai. Jumlah majoriti yang diperolehinya kini semakin bertambah. Pencabarnya ialah Raja Nong Chik Zainal Abidin (BN).

PKR - 23,125
BN - 19,580
Bebas - 126

Undi yang dijumlahkan: 59.55%

Tiada ulasan: