Posted on Thursday, May 09 @ 21:34:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
"
![](https://fbcdn-sphotos-a-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/944742_172239152939795_1364085686_n.jpg)
Tidak kurangnya mereka yang menentangnya menggelar dirinya sebagai agen Yahudi dan kaki seks.
Perjalanan karier politik bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia sejak dilucutkan jawatan sebagai orang nombor dua dalam negara penuh dengan liku dan rintangan. Beliau di penjara sembilan tahun di atas kesalahan yang beliau tidak pernah lakukan. Beliau juga pernah dipukul di dalam penjara oleh bekas Ketua Polis Negara ketika itu.
Namun semua ini tidak mematahkan semangat beliau untuk melawan ketidakadilan yang berlaku keatas rakyat di Malaysia. Anwar Ibrahim adalah seorang individu yang mempunyai aura yang tersendiri. Bila sebut sahaja nama Anwar Ibrahim datang memberi ceramah, pasti yang akan turun mendengar ceramah tersebut melebihi 1000 orang. Bila disebut juga nama Anwar Ibrahim, orang Barisan Nasional merasa benci dan dalam masa yang sama mereka gentar dengan individu ini.
![](https://fbcdn-sphotos-d-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn1/945452_172243526272691_82157080_n.jpg)
Anwar Ibrahim memang terkenal di Permatang Pauh sejak sebelum beliau terlibat di dalam politik. Orang lama di Permatang Pauh sangat mengenali individu ini. Menurut mereka, Permatang Pauh ini tempatnya Anwar datang bermain-main atau berjalan-jalan.
Di Permatang Pauh, Anwar Ibrahim masih disayangi oleh kebanyakan ahli-ahli UMNO. Tidak hairanlah di Permatang Pauh ini Anwar Ibrahim begitu kebal. Undi kepadanya datang bukan sahaja dari ahli-ahli atau penyokong-penyokong Pakatan Rakyat, tetapi juga datang dari ahli-ahli UMNO itu sendiri.
Suatu ketika sebelum penamaan calon berlangsung, kedengaran desas-desus Anwar Ibrahim tidak akan mempertahankan kerusi parlimen Permatang Pauh yang telah menjadi tradisi kepada dirinya dan keluarganya. Ramai yang agak kecewa dan sedih. Ramai juga yang menemplak dan merendah-rendahkan kredibiliti dirinya. Ada yang mengatakan beliau takut tewas dan atas sebab itu beliau mahu lari ke kawasan lain.
![](https://fbcdn-sphotos-b-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/946305_172261766270867_95501467_n.jpg)
Anwar Ibrahim dan Permatang Pauh tidak dapat dipisahkan. Anwar Ibrahim kini digelar sebagai penentang berhaluan kiri dasar kerajaan Malaysia. Hidupnya banyak dihabiskan untuk membela nasib rakyat berbanding masanya untuk keluarga. Pengorbanan yang dilakukan oleh keluarganya cukup besar. Mereka tahu, Anwar Ibrahim bukan milik mereka sahaja tetapi Anwar Ibrahim adalah milik rakyat Malaysia.
Sumber dari: www.shutterblast.blogspot.com
"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan