Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

9.5.13

PAS dan DAP setuju Khalid Kekal MB Selangor, Tapi ada yang tak setuju pulak!!!


Posted on Thursday, May 09 @ 13:11:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Artikel Oleh TKOOffline


PAS melalui dua kenyataan awal Persuruhjaya PAS Selangor, Dr Abd Rani dan SU Agong memberitahu bahawa PAS tak tuntut kerusi MB Selangor malah bersetuju Tan Sri Khalid Ibrahim kekal MB Selangor.

DAP melalui SUnya Lim Guan Eng telah memberikan kenyataan sama bersetuju Khalid kekal sebagi MB Selangor. Tapi malangnya ada yang tak setuju PULAK!!!



Mengiku khabar-khabar angin, Pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali dan Timbalannya, Zuraida Kamaruddin telah membuat ungutan akan melepaskan jawatan masing-masing jika Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilantik semula sebagai Menteri Besar Selangor.
 
 Azmin dan Zuraida memberi kata dua tersebut dalam pertemuan dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam setelah Anwar melahirkan kecenderungan melantik semula Khalid mengisi jawatan berkenaan.

Ini sumber "angin", tapi kalau banding dengan ucapan di atas, aku rasa ada orang PAS dan DAP tak akan bekerja dengan PKR di tempat bermasalah kerana cakap sombong.

Cuba semak, kawasan-kawasan yang bertempung sesama sendiri pada PRU13 baru-baru ini. Antara sebabnya Majlis Pakatan Setuju sesuatu parti tapi malangnya kerana calon parti itu "MULUT CELUPAR MACAM ZURAIDA" akhir PR bergaduh sesama sendiri.

Tiada ulasan: