Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

5.5.13

Saya bukan perosak demokrasi: Dr Mahathir

Cetak
Saya bukan perosak demokrasi:  Dr Mahathir  
Dr Mahathir pada majlis bersama rakyat di Kuala Ketil, semalam.
Jerlun: Tun Dr Mahathir Mohamad menyangkal tuduhan yang mengatakan beliau merosakkan proses demokrasi sepanjang 22 tahun mentadbir negara ini.

Bekas Perdana Menteri berkata, jika beliau menghancurkan demokrasi sudah tentu tiada pilihan raya yang adil di negara ini sehingga menyebabkan pembangkang boleh menang dan membentuk kerajaan.

Bebas kekacauan sejak merdeka

“Negara kita bebas daripada sebarang kekacauan dan anasir luar sejak merdeka, malah amalan demokrasi diamalkan cukup jelas membolehkan sesiapa saja bertanding tanpa mengira fahaman politik, manakala rakyat pula diberi hak sepenuhnya dan bebas memilih wakil rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU).

“Bayangkan jika negara kita tiada demokrasi dan tidak boleh memilih kerajaan seperti di negara Arab, rakyat akan memberontak kemudian menangkap pemimpin macam Gaddafi (Muammar Gadaffi, bekas pemimpin Libya) dan membunuhnya,” katanya selepas Majlis Interaksi Bersama Pertubuhan Cina Jerlun di Dewan Tokong Ayer Hitam, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan calon DAP bagi Parlimen Puchong, Gobind Singh yang menuduhnya menghancurkan demokrasi ketika mentadbir negara ini selama 22 tahun.

Gobing turut mendakwa Dr Mahathir sebagai pencipta dasar politik ketakutan serta mengawal media negara ini supaya dapat memberikan laporan yang hanya kerajaan mahu baca.
Dr Mahathir berkata, tiada sesiapa yang boleh mengawal media di negara ini yang bersifat bebas melaporkan berita mengikut pandangan masing-masing.
Malah, katanya kewujudan media baru di internet juga banyak dan bebas melaporkan apa saja berita walaupun ia tidak semestinya benar.

“Kita tidak pernah boleh mengawal media kerana media di negara ini bebas. Kalau kita baca media kerajaan sudah pasti dia akan cerita mengenai kerajaan dan kalau kita baca Harakah dan Roket sudah tentu dia juga menulis mengenai mereka saja. Masing-masing ada media sendiri, jadi mereka bebas melaporkan tanpa dikawal sesiapa,” katanya

Tiada ulasan: