Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

5.5.13

Jangan percaya wujud pengundi hantu

Cetak
Kuala Lumpur: Polis meminta orang ramai tidak mempercayai dakwaan wujudnya pengundi hantu berikutan tersebarnya gambar ratusan kad pengenalan dan kad bank dalam laman media sosial sejak kelmarin.

“Kad pengenalan yang bertaburan seperti dipaparkan dalam gambar itu sebenarnya mempunyai kaitan dengan satu kes jenayah yang di Kedah pada 2011,” kata Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, di sini, semalam.

“Perkara ini berlaku pada 2011, bukan hari ini, semalam atau tempoh terdekat. Tapi ada pihak tidak bertanggungjawab sengaja mengeluarkan balik cerita lama itu dengan tujuan untuk mengelirukan masyarakat dan menimbulkan kekeliruan,” katanya.


Beliau meminta semua pihak jangan terpedaya dengan dakyah pihak tertentu yang sengaja menimbulkan keraguan orang ramai pada saat akhir hari pengundian, hari ini.

“Mereka yang keluarkan gambar ini berniat biar orang yang melihatnya akan menganggap pengundi hantu benar-benar wujud,” katanya.

Tiada kemasukan warga asing

Khalid berkata, tiada kemasukan ‘pengundi hantu’ warga asing dari Bangladesh dan Filipina melalui beberapa penerbangan seperti didakwa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, hasil semakan mendapati syarikat penerbangan seperti AirAsia menyediakan penerbangan tambahan atas permintaan orang ramai dan ini adalah amalan biasa seperti yang berlaku setiap kali musim perayaan.

Justeru, beliau menggesa pihak yang mereka cerita terbabit menghentikan perbuatan itu.

Khalid berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan memastikan hanya pengundi berdaftar saja layak mengundi. - BERNAMA

Tiada ulasan: