Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

5.5.13

Rakyat Bersama Menyokong Calon N24 DUN Semenyih


30971_551968128177486_2031575729_n
63185_551968064844159_1751789561_n
317438_551968014844164_1117825777_n
376131_551968211510811_491720560_n
407132_551968178177481_920369020_n
430290_551968348177464_1266827075_n
923538_551967978177501_1739480421_n
931164_551968391510793_82300013_n


Semenyih – Atas sikap keprihatinan terhadap penduduk Semenyih dan sering sampai ke lokasi apabila setiap kali diadakan kenduri-kendara, majlis-majlis serta program-program yang berkaitan Dato Johan Aziz sentiasa ada. Dan kerana itu pada kali ini beliau dicalonkan lagi untuk menggalas tanggungjawab yang sama oleh penduduk di Semenyih terutamanya dan amnya di Parlimen Hulu Langat.

Semalam diadakan perjumpaan dan santai bersama penduduk di PDM Hulu Langat bagi membincangkan strategi dan sokongan rakyat terhadap beliau. Perbincangan turut menyentuh kempen-kempen dan kerja-kerja seperti pengedaran risalah-risalah isu semasa, serta poster undi calon. Kehadiran semalam lebih dari 30 orang dan mereka adalah antara yang aktif membantu perjalanan kempen untuk kawasan Semenyih.

Dato Johan Aziz mengucapkan rasa syukur kerana beliau dicalonkan lagi dan ini bererti penduduk memberi sepenuh sokongan kepada beliau dan beliau akan menjalankan amanah yang diberi kepada rakyat. Sehubungan itu Dato Johan Aziz akan cuba menyampaikan lagi apa yang dikehendaki penduduk Semenyih seperti sebelum ini telah banyak yang beliau tunaikan untuk golongan belia terutamanya seperti gelanggang Fitsal 1Malaysia, Majlis Santai Belia dan sebagainya. Beliau juga berharap agar sokongan ini akan berterusan.

Selesai perbincangan di PDM, mereka menjamu selera di restoran berdekatan dan selepas itu mereka meneruskan kerja dengan pemasangan bendera Barisan Nasioanl disekeliling kawasan Semenyih.


Tiada ulasan: