KUALA LUMPUR 6 Mei - Sehingga 3.36 pagi ini, Barisan Nasional (BN) telah memperolehi sebanyak 133 kerusi Parlimen manakala pakatan pembangkang mendapat 87 kerusi.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengumumkan bahawa BN berjaya membentuk kerajaan di peringkat Persekutuan dengan majoriti mudah apabila memenangi kerusi ke-112 pada pukul 11.50 tengah malam tadi.
Ia berdasarkan laporan keputusan rasmi SPR yang disiarkan menerusi laman web resultpru13.spr.gov.my/module/keputusan/paparan/5_KerusiDR.php. - UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan:
Catat Ulasan