Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

6.5.13

Dua penipuan SPR dikesan di pusat pengundi penulis

Tarikh : Sunday, May 05 @ 11:07:19 MYT
Topik : Respon



Assalamualaikum,,
SPR sah menipu, paling tidak ada dua penipuan yang dikesan di pagi hari mengundi di pusat mengundi penulis.


Pertamanya, mengenai larangan membina bangsal panas dan menggunakan komputer di tempat mengundi. Larangan yang berat sebelah kerana didapati bangsal panas yang diwujudkan oleh BN/UMNO didapati menggunakan komputer. Akibatnya PAS/PR tertipu  hidup hidup kerana mematuhi arahan SPR.

Kedua, penggunaan dakwat yang dikatakan kekal sebenarnya hanyalah dakwat refill komputer yang boleh dibeli di mana mana kedai komputer. Kalau pun bukan dakwat refill, mutunya sama dengan dakwat refiil yang berwarna biru.

Apa lagi SPR nak kata? Kalau larangan membina bangsal panas adalah larangan untuk semua parti yang bertanding, kenapa bila UMNO/BN membina bangsal panas lengkap dengan komputer, kenapa SPR buat dak? Tiada tindakan?

Kalau dakwat pula didakwa kekal selama seminggu kenapa keluhan pengundi awal pos dialami sama dengan pengundi yang mengundi bersama penulis? Seorang kawan dalam usaha memastikan dakwat itu benar benar kekal telah mencurahkan air mineral keatas dakwat yang melekat di jarinya. Selepas itu beliau mengosoknya menggunakan jari jari yang lain, akibatnya dakwat tersebut didapati cair dan melekat di jari jari yang lain sama seperti dakwat refill komputer yang melekat di tangan ketika menukar dakwat printer komputer.

Sementara penulis mengosoknya menggunakan sabun dan berus membasuh pinggan dan hasilnya sama dengan dakwat refill komputer. Tidak syak lagi  dakwat yang digunakan itu dakwat refill atau setaraf  dengannya, bukan dakwat kekal yang digunakan dalam pengundian di beberapa negara lain. Barangkali harga RM2.4 juta kalau tak silap itu hanyalah harga untuk dakwat refill sahaja, harga sebenar dakwat kekal yang kualitinya untuk mengundi mungkin jauh lebih tinggi dari itu.

Itu satu hal, satu hal yang lain ialah SPR sengaja nak perbodohkan rakyat dengan menggunakan dakwat berkualiti refill ini. Dan seperti kata seorang aktivis veteran PAS dakwat ini yang berwarna biru  lebih sesuai digunakan oleh Bangla kerana kuitnya sama dan pasti lebih mudah dibersih untuk mengundi lagi. Munasabah dan SPR memang gila!.

Pasti pengundi di seluruh negara akan  mengalami pengalaman yang  sama, penipuan SPR dan memang ada tujuan. Apa jua tujuannya, yang nyata SPR mahu perbodohkan rakyat. Apakah rakyat mahu diperbodohkan oleh SPR. 



http://www.youtube.com/watch?v=YqdpvCeVu6s
SPR kena lihat video ini bagaimana mereka boleh mengundi.

http://www.youtube.com/watch?v=IHCcrrnL28I
menang tak bermaruah. 


Bila tenguk mainan politik di Malaysia ini terasa penat amat kita turun mengundi; SPR kenalah adil dalam menunaikan tanggungjawab. Jangan sampai dipergunakan oleh mana-mana parti.

Masalah pengiraan UNDI pun asyik tak TEPAT; bila ada calon bertanding minta dikira semula pasti akan berlaku perubahan jumlah yang amat ketara bukan RALAT yang sedikit. Ini bermakna  SPR memang tidak bolehlah diharapkan menjadi  Pengurus PRU.

Tiada ulasan: