Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

6.5.13

DS Anwar akan Bersara



Hasrat DS Anwar untuk bersara dari politik bagi sy haruslah dihormati. Faktor usia & kesihatan kebarangkalian menghalang DS Anwar dari terus aktif berpolitik. Tetapi dari segi keperluan pejuang pemimpin yang berwibawa seperti DS Anwar amat samar dicari ganti. Di pihak PKR, PAS pun DAP gabungan PR ini masih tak nampak seorang yang popular seperti DS Anwar. Popular bermaksud: untuk tiga parti gabungan ini dapat menerima seseorang itu sebagai Ketua yang satu hari akan menjadi PM jika dapat mengambil alih kuasa politik Malaysia.

Bagi sy cara mengambil alih pemerintahan yang berlaku di luar negara seperti di reformasi Indonesia, Arab Spring di Arab juga banyak negara lai;  dengan cara kebangkitan rakyat memang BOLEH berjaya. Tetapi ianya sering mengorbankan banyak nyawa pun kekeruhan yang tak tertelan oleh rakyat. Sukar pemerintah yang sedia akan beralah secara aman & kasih sayang. Ibarat mereka yang telah memilik emas tempawan atau mahligai idaman tidak akan pasti menyerahkannya secara mudah. Apatah lagi diterima dengan sokongan rakyat yang masih tegar menyokong mereka.

Berfikir sebaiknya.

PR akan kehilangan arah tuju pemimpin jika DS Anwar bersara tanpa ada pelapis atau ketua yang boleh diterima oleh tiga parti ini. Perlu difikirkan siapakah yang popular & dapat memimpin PR. Menjadi Ketua Pembangkang. Di sudut populariti ada beberapa pemimpin yang boleh difikirkan dapat mengantin DS Anwar. Orang kita Melayu rasanya pasti ragu-ragu memiliki pemimpin dari kalangan kaum Cina. Melihat perkembangan di Perak sana pun kita tahu betapa orang Melayu Perak masih sukar menerima PAS apatah lagi jika nak terima pemimpin DAP sebagai Timbalan PM kedua satu hari nanti. Yang pasti kena tahu sokongan kaum Cina juga India jika PR ingin terus berkembang. Politik kaum Cina nampaknya seiras pengundi di Kelantan. PR menjadi tambah kuat sebab mendapat sokongan padu kaum Cina terhadap DAP.

Tsunami yang dilandakan oleh kaum Cina  ke politik tanah air nampaknya telah berlaku dua PRU. Hebat perpaduan kaum Cina ini. Pastinya sokongan kaum Cina akan pudar jika silap memilih pengganti teraju utama@Ketua Pembangkang PR. Sy nampak Datuk Seri Nizar adalah salah seorang yang amat disukai oleh kaum Cina. Cuma sejarah politik Datuk Seri Nizar masih terlalu awal. Ada beberapa lagi pemimpin PR yang berkarisma tetapi mungkin sekadar di pihak PKR atau PAS sahaja.

DS Anwar perlu mencari pengganti beliau sebelum bersara. Penyokong PR juga perlu jangan beremosi dalam isu melantik pemimpin yang berwibawa yang mungkin 5 tahun atau 10 tahun atau beberapa beberapa tahun lagi bakal memimpin negara. Carilah pemimpin yang dapat menambat semua hati penyokong PR. Usia pemimpin ini sebaiknya difikirkan juga. Jangan lupa kaum India yang banyak membantu kebangkitan PR. Jika ada pemimpin mereka juga nampak berwibawa perlulah difikirkan jua. Jika tidak memikirkan semua pengaruh kaum; PR juga akan jatuh. Perlu diingat PRU ini lebih satu undi pun dikira menang. Setiap peyokong PR adalah parti yang membentuk PR.

Amat Getir.

Jika kita ikuti perjuangan DS Anwar, sy yakin tak ada pemimpin di negara kita yang amat getir berpolitik seperti DS Anwar. Bukan sahaja diterjah oleh BN dari semua penjuru. Malahan DS Anwar diaibkan sampai kini. Cabaran seterusnya pastinya akan muncul pula yang konon DS Anwar adalah DALANG Perang Sulu (pencerobohan pengganas  Sulu di Sabah). Pastinya mereka yang menuduh DS Anwar menjadi dalang ini perasan DS Anwar ini jutawan hebat atau ada bantuan dari luar yang boleh sampai membekalkan pengganas ini memilik senjata canggih. Jika dikira kos membeli senjata pengganas ini pun pastinya DS Anwar tak perlu lagi berpolitik. Guna duit itu pun telah boleh hidup senang.

Jika DS Anwar terus berpolitik bukan mustahil DS Anwar akan tetiba REBAH diserang Sakit Jantung. Tak cukup tidur stres memang antara punca sebenar ke arah sakit kronik terutamanya serangan jantung. Hatta terus berpolitik tanpa kuat semangat pasti akan umur pendek. Ini kehendak atau ketentuan Tuhan. Namun percayalah jika perjuangan DS Anwar diteruskan melalui keputusan PRU13 ini semua mereka yang nampak SINAR MURNI itu kian bercambah. Betapa perjuangan menghalang kemungkaran ini amat penat, keras lagi kejam. Pastinya semua penyokong PR mengharap DS Anwar berjuang sampai ke akhir hayat. Lari dari Medan Perang tentunya tidak dianjurkan oleh Islam. Terpulanglah jika memang tak semua orang menganggap politik ini juga peperangan JIHAD. Ramai yang terlibat dengan perjuangan politik ini menganggap ianya bukan JIHAD tetapi adalah JAHAT. Titik.

Tiada ulasan: