Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

20.4.13

ROS hantar surat malam-malam, tak halang guna logo roket


Posted on Saturday, April 20 @ 15:00:27 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Berita Oleh Roketkini



KUALA LUMPUR, 20 APR: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) terpaksa menghantar surat secara serahan tangan kepada DAP pada jam 9.30 malam semalam untuk menyatakan bahawa ia tidak mempunyai sebarang halangan bagi DAP menyertai pilihanraya umum dengan menggunakan logo roket.

Dua orang pegawai ROS yang hadir ke ibu pejabat DAP semalam memberi alasan bahawa surat yang sepatutnya difakskan tidak dapat dihantar lebih awal kerana mesin faks ROS tidak berfungsi.

“Adalah jelas bahawa mereka mengeluarkan surat tersebut setelah berdepan dengan tekanan masyarakat yang amat melemaskan. Apa-apa pun, kami akan tetap dengan rancangan awal,” kata Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke apabila dihubungi media.

Surat yang ditandatangani Pendaftar ROS, Dato’ Abdul Rahman Othman itu menyebut, “Pendaftar Pertubuhan setakat ini tidak mengambil keputusan untuk membatalkan pendaftaran Parti Tindakan Demokratik (DAP). Pendaftar Pertubuhan juga tidak mempunyai apa-apa halangan untuk Parti Tindakan Demokratik menyertai Pilihanraya Umum ke 13 dengan menggunakan simbolnya.”

Dalam perkembangan serupa, penamaan calon hari ini berjalan lancar dengan calon-calon DAP diterima bertanding dengan menggunakan lambang roket. – Roketkini.com

Tiada ulasan: