Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

27.4.13

Akses ke Malaysiakini 'terhad' oleh ISP

Akses ke Malaysiakini 'terhad' oleh ISP
1:03PM Apr 27 2013  
Akses ke Malaysiakini melalui beberapa penyedia perkhidmatan internet Malaysia (ISP) telah "terhad" sejak bermulanya kempen rasmi untuk pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Ekoran itu, para pembaca berdepan dengan saat yang mengecewakan untuk mengakses Malaysiakini di mana ia dapat dipaut untuk seketika dan kemudiannya putus (lihat carta di atas).

Malaysiakini percaya sama ada ISP telah diarahkan supaya menghadkan akses pembaca ke lamanweb tersebut  atau sekatan telah dikenakan tanpa pengetahuan mereka.

Bagaimanapun, akses melalui dua ISP di Malaysia - Time Internet dan YES YTL - tidak terjejas, manakala pengguna antarabangsa juga boleh mengakses laman web ini tanpa sebarang sekatan.

Ini seolah-olah satu cara baru untuk menghalang Malaysiakini, di mana sebelum ini serangan DDOS berskala besar telah dilancarkan dalam usaha untuk menutup portal berita harian dalam talian ini.

NONE"Kami amat kecewa dengan taktik kotor ini," kata Ketua
Pegawai Eksekutif Malaysiakini, Premesh Chandran (kanan).

Kerajaan Malaysia telah berkali-kali berjanji tidak akan menapis Internet, dan apa yang berlaku sekarang jelas merupakan satu tindakan yang terkeluar daripada dasar tersebut, katanya.

Premesh menyeru semua ISP supaya menyaring sistem mereka dengan teliti untuk memastikan tiada sekatan haram dikenakan.

Beliau berkata sekatan terhadap domain nama Malaysiakini mungkin telah dilakukan oleh kakitangan tidak bertanggungjawab atau digodam sama ada sistem ISP atau gerbang Internet yang dikongsi oleh pelbagai ISP.

'ISP harus elak politik'
Malaysiakini membuat aduan rasmi kepada Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi Malaysia (SKMM) pada hari Isnin, dan ia akan menyerahkan bukti sekatan - hasil siasatan menyeluruh oleh pasukan teknologinya sejak beberapa hari lalu.

"ISP harus elak politik dan memastikan kakitangan mereka tidak mengikuti arahan yang tidak sah yang menjejaskan akses kepada rangkaian mereka. Mereka juga perlu memastikan gerbang bersama adalah bebas daripada gangguan dan sekatan," kata Premesh.

Malaysiakini
kini sedang mengusahakan beberapa penyelesaian untuk menangani sekatan tersebut. Sementara itu, pembaca dinasihatkan untuk terus mengklik browser mereka sehingga mereka dapat mengakses laman web ini.

Pembaca boleh menguji akses kepada Malaysiakini dengan membandingkan akses melalui www.malaysiakini.com dan www.mkini.co - alamat kedua yang disediakan sejak semalam. Pada jam 12 tengah hari ini, alamat baru itu bebas daripada sekatan ISP.

Pembaca Malaysiakini pada minggu lepas mencecah lebih 1.2 juta dan dijangka semakin meningkat menjelang hari pengundian Ahad ini.

Tiada ulasan: