Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

30.4.13

Anggota tentera rasa terasing dari kempen Pakatan


 
Beberapa orang anggota tentera yang ditemui Malaysiakini berpendapat, kempen yang dijalankan oleh bekas pegawai tinggi dalam pasukan tersebut, yang kini menjadi calon Pakatan Rakyat, tidak memberi banyak kesan ke atas mereka.

Anggota berkenaan nampak berminat untuk mengikuti kempen tersebut namun berasa terasing dari aktiviti berkenaan – secara zahirnya akibat kekangan tugas dan dari segi rohaninya pula, golongan ini melihat calon tersebut tidak lagi sezaman dengan mereka.
Pendapat tersebut dikongsi beberapa orang anggota tentera yang ditemui selepas satu majlis perhimpunan bersama Panglima Medan Tentera Darat Leftenan Jeneral Datuk Seri Zulkiple Kassim di Port Dickson semalam.

NONESeorang daripadanya, Prebet Bahrin Rizman, 23, yang berpendapat bahawa calon Pakatan itu mungkin hanya boleh mempengaruhi undi golongan bekas tentera yang pernah bertugas sezaman dengan mereka.

Katanya, golongan bekas tentera itu mungkin akan menzahirkan sokongan tersebut kerana memandang tinggi bekas pegawai tersebut.

"Kalau mereka ini masih lagi panglima dalam perkhidmatan, mungkin mereka ini berpengaruh (kepada anggota yang sedang berkhidmat).

"Kami juga sebenarnya kurang tahu tentang isi kempen mereka," kata pelatih Institut Kejuruteraan Tentera Darat itu.

NONESeorang rakan setugasnya, Prebet Arif Mohd, 22, turut menimbulkan mengenai jurang generasi tersebut.

Katanya, beliau dan rakan-rakan yang lain merupakan golongan askar muda yang kebanyakannya mengundi buat pertama kali dalam pilihan raya umum ke-13.

"Kami masih belum pun menyertai perkhidmatan sewaktu mereka (calon Pakatan) bertugas.

"Jadi saya berpendapat kempen mereka tak akan begitu berjaya mempengaruhi tentera yang baru berkhidmat," katanya yang masih mengikuti latihan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda).

Seorang lagi anggota berkenaan, Prebet Syarianah, 24 tahun pula berpendapat bekas pegawai tinggi tersebut berhak untuk menyertai proses pilihan raya sebagai satu amalan negara demokrasi.

NONENamun, tambahnya, kesibukan tugas anggota tentera menyebabkan sebahagian mereka tidak begitu ambil pusing tentang politik Pakatan Rakyat.

"Jadi kempen-kempen mereka itu tidak memberi kesanlah sebenarnya," katanya yang akan mengundi di Wisma Transit di Kuala Lumpur.

Proses pengundian awal untuk golongan anggota tentera dan polis akan bermula hari ini.

Golongan anggota tentera ini sering digambarkan sebagai peti simpanan untuk calon BN dan banyak menyumbang kepada kemenangan calon parti tersebut di kawasan dengan jumlah pengundi pos yang besar sebelum ini.

Namun, sekiranya ucapan panglima medan mereka dijadikan ukuran, anggota berkenaan nampak bebas untuk memilih calon yang disukai mereka.

NONEZulkiple Kassim, dalam ucapannya di majlis berkenaan sebelum itu menggesa agar anggota tentera memikirkan kepentingan negara ketika mengundi.

"Sebagai anggota tentera yang mempunyai tanggung jawab kepada negara, saudara-saudara fikirlah apa yang baik dan apa yang buruk," katanya ketika berucap mewakili menteri pertahanan sementara yang pada awalnya dijadualkan hadir pada majlis tersebut.

Namun, perkembangan melibatkan tokoh politik BN dalam kempen melibatkan anggota pasukan keselamatan ini menunjukkan keadaan sebaliknya.

NONEBekas ketua staf logistik markas Armada Tentera Laut, Laksamana Pertama (B) Datuk Abdul Imran Abd Hamid dalam satu kejadian pada minggu lalu dihalang daripada memasuki kem tentera laut Lumut, yang pernah ditadbirnya selama 37 tahun.

Layanan berbeza ditunjukkan kepada Datuk Seri Kong Cho Ha yang hadir pada satu majlis di kem itu bertemu tentera laut sehari sebelumnya bersama mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

NONEDalam ucapannya kepada kira-kira 2,000 orang anggota tentera laut di majlis tersebut, Mahathir antara lainnya memberi amaran supaya tidak mengundi mengikut emosi bagi mengelakkan negara dianggap sebagai negara Islam yang gagal.

Layanan berbeza itu malah terpaksa dipertahankan oleh Panglima Tan Sri Abdul Aziz Jaafar yang berkata Mahathir dibenarkan masuk kerana bekas perdana menteri itu tidak bercakap mengenai politik.

Abdul Imran pula, menurutnya, pasti akan bercakap mengenai politik, katanya dalam satu laporan Bernama.

Seorang lagi bekas pegawai tinggi tentera yang diketengahkan PKR ialah bekas panglima tentera darat, Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein bertanding di kerusi parlimen Johor Bahru menentang penyandang, Datuk Seri Shahrir Samad.

Tiada ulasan: