Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

22.4.13

Pakatan akui masih sukar menawan Melayu Johor

Walaupun kempen pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dilihat umpama “rockstar” di kawasan majoriti Cina di Johor, respon kurang memberangsangkan daripada kawasan kejiranan Melayu menunjukkan pembangkang masih lagi mempunyai laluan yang sukar untuk mencapai kemenangan dalam Pilihan Raya Umum 2013 pada 5 Mei depan.

Perkara itu turut diakui sendiri oleh pemimpin PR.

“Saya melihat petanda positif, tetapi Ghani masih mempunyai kelebihan,” kata veteran DAP Lim Kit Siang, kepada The Malaysian Insider malam tadi selepas berceramah di kawasan kediaman Melayu di Pulai Perdana.

Beliau yang berusia 72 tahun itu adalah calon bagi kerusi Parlimen Gelang Patah dan akan menentang bekas menteri besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman yang telah menjawat jawatan berkenaan selama empat penggal.

Gelang Patah merangkumi majoriti pengundi Cina sebanyak 52 peratus, Melayu dan India masing-masing 34 dan 12 peratus pengundi berdaftar.

Pendatang baru DAP, Wong Shu Qi, turut berkongsi perkara sama dengan The Malaysian Insider apabila bercakap mengenai kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Senai.

“Kami menerima sambutan menggalakkan daripada komuniti Cina,” katanya yang bekerja sebagai wartawan sebelum menyertai politik.

Beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata parti itu berjaya menawan hati pengundi Cina untuk menyokong PR, namun sukar bagi mereka meyakinkan pengundi Melayu bahawa polisi ditawarkan PR lebih baik, termasuk di kawasan separa bandar seperti di Senai dan Kulai yang merangkumi kawasan Wilayah Ekonomi Iskandar Malaysia.

Wilayah Iskandar telah menerima jumlah kemasukan pelaburan berjumlah lebih RM100 billion sejak diperkenalkan pada 2006, dilihat menjadi pemacu ekonomi Johor namun turut dipersalahkan kerana menjadi punca peningkatan kos sara hidup di negeri yang berjiran dengan Singapura itu.

“Kami memerlukan lebih masa untuk diterima pengundi Melayu,” kata Wong, dan mendakwa kebanyakan pengundi Melayu telah “diarahkan ke kawasan kecil seperti Felda dan hanya menonton TV3.”

Negeri di Selatan Malaysia itu juga menjalankan urusan pentadbirannya dengan cara tersendiri kerana ia merupakan negeri yang terakhir dikuasai British ketika zaman penjajahan.

Penduduknya juga telah membentuk pegangan agama yang kuat dan tidak memberikan peluang PAS berkembang memandangkan sekolah agama kerajaan negeri dibiayai sepenuhnya. Tambahan pula, PAS diihat lebih kepada pengaruh utara, kata Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian.

“Parti pembangkang Melayu mempunyai kesukaran untuk menpengaruhi Melayu Johor, jadi kehadiran Kit Siang telah membantu,” kata Ibrahim kepada The Malaysian Insider sewaktu penamaan calon.

Situasi itu bagaimanapun dilihat berubah selepas Pilihan Raya 2008.

Di Pulai Perdana, kehadiran 100 orang ketika ceramah Lim, berbeza dengan kehadiran ribuan ketika ceramah di Sutera Mall -- kawasan yang dipenuhi gerai dan restoran yang beroperasi hingga lewat malam dan dilawati oleh masyarakat Cina Johor - dua hari lalu. Selain penduduk tempatan, penonton turut dulihat terdiri daripada masyarakat Melayu dan Cina, serta India yang merangkumi golongan pertengahan umum berusia 30 ke atas.

Masyarakat Melayu yang ditemui The Malaysian Insider berkata mereka letih dengan politik lama BN Johor dan bersedia memberikan peluang kepada PR.

“Kami mahukan perubahan, orang baru ... kami mahu jadi seperti Singapura, yang mana orang boleh beri idea yang baik akan memerintah,” kata wanita bertudung berusia 30 tahun.

Wanita yang memiliki keluarga daripada penyokong tegar Umno itu berkata PR mempunyai peluang dan Melayu juga sedia membantu.

Penduduk Pulai Perdana, Mohd Ridwan Talib, berkata isu pokok di Johor adalah harga hartanah yang melambung.

Katanya tidak seharusnya berlaku pembangunan terpilih di Johor, dan memberikan contoh rumah di Nusajaya, laluan ke Iskandar Malaysia bernilai RM3 juta dan berada di luar kemampuan mereka.

PR bergantung kepada Lim untuk berkempen di Johor dan menjual politik barunya melalui percampuran kaum.

“Jika kita sayangkan negara ini, tidak mustahil kita berjuang sebagai satu bangsa.

“Kami berjuang untuk semua, semua agama di Malaysia,” katanya yang menggunakan pelbagai bahasa dalam ceramahnya malam tadi daripada bahasa Melayu kepada Mandarin dan English membawa maksud sama.

Kehadiran pembangkang turut dirasai di kawasan tumpuan Melayu di tengah bandar, Kampung Melayu Majidee, yang mana calon PKR bagi kerusi Parlimen Johor Bahru, Jeneral (B) Md Hashim Hussein menggarap sokongannya.

Beberapa penduduk mendakwa penyandang kerusi berkenaan, Tan Sri Shahrir Samad sudah tidak lagi meluangkan masa bersama mereka sebaliknya di luar negeri.

“Shahrir sibuk sangat di luar kawasa, masa dengan penduduk sangat sikit, kami hanya beri peluang untuk yang bersemangat,” kata Anggerik Abidin, wanita berusi 41 tahun dan merupajan bekas exco Umno Bahagian Johor Bahru sejak 2004 hingga 2008.

Anggerik berkata dia akan memilih Hashim kerana yakin lelaki itu akan menggunakan kepakarannya sebagai bekas tentera untuk berkhidmat kepada rakyat. -TMI

Tiada ulasan: