Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

22.4.13

Wanita bahagian kecewa tindakan Kamilia



Ketua Wanita Umno bahagian Kalabakan Datuk Hamisa Samat berkata beliau kecewa dengan tindakan naib ketua sayap berkenaan, Datuk Kamilia Ibrahim yang mengumumkan keluar parti dan bertanding sebagai calon Bebas di kawasan parlimen Kuala Kangsar.

Hamisa dalam kenyataan yang dikeluarkan pagi ini berkata, ia tidak sepatutnya dilakukan oleh Kamilia yang merupakan seorang pemimpin kanan dalam Umno.

“Keputusan itu amat mengecewakan,  apatah lagi Kamilia memegang jawatan kedua tertinggi dalam Wanita Umno yang seharusnya menjadi contoh kepada ahli lain,” katanya.

Kamilia semalam membuat kejutan dengan mengumumkan untuk bertanding sebagai calon bebas di kawasan Parlimen Kuala Kangsar dengan menggunakan lambang buku.

Lebih mengejutkan lagi apabila beliau mengumumkan keluar daripada Umno dan melepaskan kesemua jawatan dalam parti sejurus nama beliau disahkan sebagai calon.

Beliau akan menentang calon partinya dari BN sendiri Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad dan Idham Lim (PAS) dalam pertembungan tiga penjuru.

Kamilia sebelum ini pernah menyuarakan kekecewaannya kerana BN tidak meletakkan pemimpin tertinggi Wanita Umno dan BN sebagai calon dalam PRU13.

Kenyataan itu ditangkis Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak yang berkata, tidak timbul soal beliau tidak diberi tempat kerana beliau sendiri menolak tawaran bertanding DUN Bukit Chandan

TIDAK pernah Ditawarkan




1:21PM Apr 22 2013
Bekas naib ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim menangkis kenyataan pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak bahawa beliau telah ditawarkan untuk bertanding di kerusi DUN Bukit Chandan, sebelum bertindak keluar parti dan bertanding sebagai calon Bebas.

Kamilia dalam satu kenyataan di laman Facebook juga berkata beliau menerima keputusan Umno yang menggugurkan beliau daripada parti tersebut kerana bertanding menentang BN.

"Datuk Kamilia Ibrahim tidak ditawarkan mana-mana kerusi untuk bertanding dalam PRU13.

"Beliau menerima keputusan Umno beliau tidak diperlukan. Beliau mengucapkan terima kasih kepada Umno kerana memberi peluang untuk berkhidmat kepada parti selama 30 tahun.

"Beliau membuat keputusan untuk berhenti sebagai ahli Umno dan bertanding sebagai calon bebas untuk terus mempelopori suara wanita dan rakyat Kuala Kangsar," katanya dalam kenyataan itu.

Tiada ulasan: