Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

27.4.13

Pak Lah yakin BN mampu tawan Balik Pulau


 
Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yakin BN mampu memenangi semula kerusi kawasan Parlimen Balik Pulau pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13), 5 Mei ini.
Beliau berkata keyakinan itu berdasarkan kredibiliti dan kewibawaan calon-calon BN yang dibariskan pucuk pimpinan parti untuk bertanding di kawasan parlimen berkenaan.

"Saya melihat kesemua calon di kerusi Parlimen dan tiga calon kerusi DUN sangat komited, bersungguh-sungguh dan bersemangat tinggi. Ini sekali gus menyuntik semangat untuk berdepan pembangkang yang bertanding di kawasan ini," katanya.

Beliau berkata demikian di hadapan kira-kira 3,000 tetamu yang hadir pada Majlis Makan Malam Amal di Sekolah Menengah Kebangsaan Pondok Upeh, di Balik Pulau malam ini.

Turut hadir calon Parlimen Balik Pulau Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, calon BN bagi kawasan DUN Bayan Lepas Nordin Ahmad, DUN Teluk Bahang Datuk Shah Headan Ayoob Hussain Shah dan DUN Pulau Betong Muhamad Farid Saad.

Abdullah berkata kredibiliti calon BN Pulau Pinang khususnya di Balik Pulau tidak boleh dipertikai kerana kesemua mereka mempunyai daya kepimpinan unggul untuk menyuarakan harapan penduduk di Balik Pulau.

"Saya berharap rakyat Balik Pulau memberi peluang kepada mereka menjadi wakil rakyat di sini seterusnya berkhidmat untuk anda," katanya.

Selain itu, Abdullah berharap agar ketiga-tiga kerusi DUN yang dimenangi BN pada PRU12 itu terus dikekalkan.

Pada PRU12, BN memenangi kesemua kerusi DUN di kawasan Parlimen Balik Pulau. Bagi DUN Bayan Lepas calon BN Syed Amerrudin Syed Ahmad mengalahkan calon PAS Asnah Hashim dengan majoriti 399 undi, manakala bagi DUN Teluk Bahang Hilmi mengalahkan calon PKR Datuk Abdul Halim Hussain dengan majoriti 465 undi.

Bagi kerusi DUN Pulau Betong pula penyandang kerusi itu Muhamad Farid mengalahkan calon PKR Datuk Mansor Othman dengan majoriti 294 undi.

Bagaimanapun, bagi kerusi Parlimen calon PKR Mohd Yusmadi Mohd Yusoff mengalahkan calon BN Datuk Dr Noraessah Mohamad dengan majoriti 708 undi.

- Bernama

Tiada ulasan: