Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

20.4.13

Kecoh Kerusi Di Parlimen Perlis, Ini Jawapannya.


Posted on Saturday, April 20 @ 17:34:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Artikel Oleh Sinar Harian

BEBERAPA soalan Kepada Dr Juanda Jaya:

1. Apakah Dr akan bertanding dalam PRU13 dan di mana kawasannya?

2. Mengenai pencalonan di kerusi Parlimen Kangar, pada mulanya Dr dicalon tetapi akhir Pas yang akan letak calon, sebenarnya apa yang terjadi?


3. Mengapa Dr pilih PKR dan tidak Pas atau Umno? Apakah akan tetap dengan PKR selepas apa berlaku?

4. Adakah boleh katakan secara rasmi Dr tidak bertanding? Atau mungkin ada kejutan berlaku esok?


1. Kenyataan saya kepada Straits Times Singapore sebelum ini ialah saya kena buat penilaian. Saya dapati PRU13 tidak sesuai untuk saya keran fitnah terlalu banyak dan penerimaan terhadap sarjana belum mantap. Pilihan tempat memang banyak tetapi tiada yang sesuai. Politik bukanlah perkara mudah untuk orang macam saya. Sebab itu agak hairan ramai yang lobi tanpa fikirkan kesannya dunia dan akhirat.

2. Perbincangan membabitkan banyak pihak bukan hanya PR. Kawan-kawan BN pun tanya ajak bincang. Banyak tempat dicadang. Isu Kangar hanya tahap perbincangan dan ziarah kawan-kawan daripada kedua belah pihak. Ini normal bagi orang politik yang mencari sokongan. Saya kurang minat sebab bukan penduduk tempatan. Kalau BN tawar pun tetap akan timbul isu orang luar. Politik Malaysia belum matang untuk terima kepelbagaian. Sentimen sentiasa menjuarai isu. 

Apa yang berlaku di antara PKR, Pas, saya tidak ambil tahu dan tidak berminat untuk tahu kerana saya bukan ahli parti mereka. Sebenarnya tidak wujud tawaran rasmi. Meraka hanya tanya. Saya tidak pernah bagi kata putus. Banyak pihak buat spekulasi tanpa berusaha memahami apa sebenarnya yang berlaku. Apa yang disebut oleh PKR Perlis langsung tidak dirujuk kepada saya. Saya agak terkilan sebab jual nama saya tanpa izin saya. Saya tidak pernah jumpa pimpinan PKR Perlis. Isytihar secara unilateral suatu sikap tidak beradab kepada orang lain. Apatah lagi kedudukan saya yang agak sensitif pada banyak pihak. Ini perlu difahami terutama meraka mahu jadi ahli politik. Saya ambil sikap diam diri kerana tidak mahu sakiti hati mana-mana pihak. Semuanya saudara seagama. Pelajaran daripada isu ini ialah orang politik kita masih belum matang seperti negara lain.

3. Soalan ini kurang relevan kerana saya menyokong apa sahaja usaha yang baik untuk negara ini.

4. Kejutan?  Ya. Setiap hari kita pasti terkejut dengan perkara baru yang ALLAH tentukan untuk kita. Serahkan saja kepada-Nya. Pasti semua akan baik belaka.


Dr Juanda Jaya,
Mufti Perlis

Tiada ulasan: