Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

27.4.13

Mat Taib: Umno telah gagal, jadi perlukan PERKASA
 
Kewujudan kumpulan pendesak seperti PERKASA menunjukkan bahawa Umno telah gagal untuk melaksanakan tanggungjawabnya kepada orang Melayu, kata bekas Naib Presiden Umno, Tan Sri  Muhammad Muhd Taib.

Muhammad, yang menyertai PAS Isnin lalu berkata pada masa lalu, Umno tidak pernah memerlukan "samseng" untuk membantu perjuangannya dan parti itu telah menyimpang daripada perjuangannya.

Sekarang, tambahnya, Umno perlukan Datuk Seri Ibrahim Ali, Zulkifli Nordin dan kumpulan-kumpulan pelampau untuk memberi tekanan.

Menurutnya, selepas 60 tahun, Umno sepatutnya mampu untuk mencapai sasaran 30 peratus ekuiti orang Melayu, meningkatkan tahap pendidikan (orang Melayu) kedudukan wanita.

Tetapi kini ia memerlukan kumpulan pendesak untuk melakukannya," kata Muhamad di hadapan kira-kira 1000 hadirin di majlis ceramah calon PKR Parlimen Batu, Tian Chua petang ini.

Muhammad berkata beliau tidak memahami logik meminta bantuan kumpulan pendesak sedangkan mendakwa mendapat sokongan daripada satu juta penjawat awam.

Tiada ulasan: