Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

22.4.13

Anwar ancam humban bos TV3 ke penjara


2:25PM Apr 22 2013
Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengancam untuk memenjarakan pengurusan tertinggi Sistem Televisyen (M) Bhd seandainya stesen TV3 itu terus memfitnah kerajaan Pakatan apabila gabungan parti berkenaan membentuk kerajaan persekutuan.

Menurut satu laporan Berita Harian hari ini, Anwar mengancam untuk bertindak demikian memandangkan "fitnah tidak dibenarkan dalam pentadbiran kerajaan pakatan pembangkang yang berasaskan akhlak tinggi".

"Selepas kita menjadi kerajaan, kalau TV3 terus memfitnah, kita tendang mereka masuk penjara," katanya seperti dipetik dalam laporan akhbar tersebut.

Menurut laporan itu, lagi, Anwar berkata demikian dalam satu ceramah di Kampung Batu 9, di Changkat Jering, Perak.

TV3 merupakan stesen televisyen swasta yang dikendalikan syarikat kumpulan Media Prima Bhd, yang turut memiliki Berita Harian dan New Straits Times.
Laporan Berita Harian juga menyebut, Anwar mendakwa BN akan turut menimbulkan satu lagi fitnah, berhubung dakwaan rakaman perbualan beliau dengan Sultan Sulu Jamalul Kiram.

Tiada ulasan: