Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

22.4.13

Kerajaan Umno BN dan Sultan Johor ambil kisah ke tak hal ini?

Posted on Tuesday, April 23 @ 05:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever

Artikel Oleh: setisab

"

Begini daifnya rumah dua beradik warga emas di Pontian Johor yang hanya mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sejumlah RM300 sebulan sedangkan Pengurusi Pusat Pungutan Zakat dengan kembang hidung mengumumkan kutipan sejumlah RM 400 juta


Bangsat punya Pusat Pungutan Zakat , mana lesapnya RM400 juta tu jika orang miskin mcm ni cuma dapat RM300 sebulan. Duit zakat guna untuk buat bangunan, beli aircond, computer dan isi minyak kenderaan Pusat Pungutan Zakat ke?


Haram jadah sungguh kerajaan Umno BN Johor, hasil negeri banyak, tetapi semuanya dirakus oleh para kroni. Ketua agama di Johor apa kabar? Sibuk sangat ke Sultan Johor sehingga rakyat hidup menderita. sengsara penuh kedaifan, sultan buat macam tak reti je !! Beli plat kereta RM500,000mampu, nak bantu rakyat, tak mampu.. ! Kalaupun sultan sarat dengan jadual polo dan golf, tak kan tak boleh arahkan Jabatan berkaitan untuk membantu, itupun kalau sultan berjiwa rakyat !! Mufti memang tidak boleh harap, semuanya sudah mati.

PONTIAN – Melihat keadaan sebuah rumah usang dan dikelilingi dengan semak samun di Kampung Permas Kelapa, di sini, pasti tiada siapa yang menyangka kediaman itu berpenghuni.
http://kerajaanrakyat.blogspot.com/
Namun rumah itulah menjadi tempat berteduh pasangan adik beradik, Mian Subari, 86, dan adiknya Noriyah, 56, sejak bertahun lamanya.


umno pengkhianat rakyat
Difahamkan, Mian yang tidak pernah mendirikan rumah tangga sehingga kini masih menjaga adik perempuannya itu yang mempunyai masalah lembam.

Tinjauan Sinar Harian ke rumah terbabit mendapati, keadaan dalam kediaman itu perlu diperbaiki dan terdapat banyak takungan air hujan susulan keadaan bumbung rumah yang bocor.

Mian berkata, dia yang kini sudah tidak lagi bekerja amat bersyukur kerana masih mempunyai tempat tinggal meskipun dalam keadaan serba kekurangan.

Bagaimanapun, dia mengakui memasang impian supaya rumah didiaminya itu dapat dibaiki untuk keselesaan hidupnya dan Noriyah.

“Saya dan adik bersyukur kerana kami masih lagi mempunyai tempat berteduh dan berlindung dari hujan dan panas,” katanya.
http://kerajaanrakyat.blogspot.com/
"Kami hidup pun dengan bantuan bulanan RM300 dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), mana mungkin saya dapat membaik pulih rumah ini. Saya juga tidak lagi mampu membuat kerja-kerja berat atas faktor usia. Oleh itu, saya amat berharap ada pihak yang dapat membantu sekurang-kurangnya membaiki rumah ini,” katanya.

Mian berkata, keadaan rumah yang usang, bocor dan berlubang itu menyebabkan dia dan Noriyah sering kesejukan pada waktu malam.
http://kerajaanrakyat.blogspot.com/
Menurutnya, keadaan bertambah buruk sekiranya hujan lebat kerana hampir keseluruhan zink rumah bocor dan dinding rumah berlubang.

"Bila lihat awan mendung sahaja, saya dan adik sudah mula runsing memikirkan memikirkan keadaan rumah,” katanya.
http://kerajaanrakyat.blogspot.com/
Mian berkata, semak-samun yang sudah menjalar di atas bumbung rumah membuatkan dia dan Noriyah semakin bimbang mengenai keselamatan diri.

“Bimbang juga sekiranya terdapat haiwan liar seperti ular di atas bumbung. Dulu ada orang datang melihat kawasan sekitar rumah dan mereka beritahu akan cuba mendapatkan bantuan baiki rumah.

“Pada ketika itu, saya amat gembira, tetapi sampai sekarang tiada khabar berita,” katanya.
http://kerajaanrakyat.blogspot.com/
Justeru, Mian bersama Noriyah amat berharap supaya rumah berkenaan dapat dibaiki segera bagi membolehkan mereka hidup lebih selesa.

♥ ♥ ♥ ♥
Blog> http://bit.ly/8TpQpX
Page> http://on.fb.me/wMKHMQ
Group> http://on.fb.me/RsrVao "

Tiada ulasan: