Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

22.4.13

Dayangku Intan Yakin Boleh Kalahkan Azalina Othman


Posted on Monday, April 22 @ 07:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Berita Sumber Malaysian Digest



“Bukan saya mahu cakap besar tetapi saya tidak bimbang menentang Azalina. Kalau nak ikut, nama saya juga besar tetapi saya lebih kepada dunia hiburan manakala Azalina sebagai ahli politik. Itu bezanya kami", - itu kata penyanyi terkenal 80-an.

Beliau bakal menentang penyandang Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) pada 5 Mei ini.

Penyanyi berusia 47 tahun itu berkata, jika Azalina berasa kuat atas kapasitinya sebagai bekas Menteri Belia dan Sukan, dia pula akan meraih sokongan kerana dikenali sebagai penghibur.

Dalam perjuangannya beliau berhasrat  memperjuangkan nasib penduduk di kawasanberkenaan yang dianggapnya tidak mendapat pembelaan sewajarnya selain ingin mengubah kehidupan artis supaya menjadi lebih baik sekiranya memenangi kerusi berkenaan.

Katanya, artis-artis masih hidup dalam kemiskinan, tiada insuran selain mahu menuntut agar pembayaran royalti kepada pelakon dapat disegerakan.

Selain mendedahkan keputusannya menyertai parti pembangkang juga didorong rasa kecewa terhadap dunia seni apabila kehidupan mereka tidak dipedulikan.

“Jika saya sebagai artis berasa kecewa dengan situasi kehidupan saya itu, saya percaya rakyat juga kecewa dengan apa yang mereka lalui hari ini,” jelasnya yang masih lagi aktif bergelar penyanyi walaupun bergelar ahli politik.- mStar online
Sumber: malaysiandigest.com

Tiada ulasan: