Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) mensasarkan purata pendapatan pesertanya yang terlibat dalam aktiviti penanaman getah akan meningkat kepada RM4,000 sebulan menjelang 2020.

Pengerusi Risda Tan Sri Dr Rahim Tamby Chik berkata sasaran itu diyakini dapat dicapai jika peserta mengikut strategi yang disusun Risda bagi meningkatkan produktiviti pengeluaran getah.

Beliau berkata antara kaedah yang diberi tumpuan ialah berdisiplin dalam menguruskan kebun getah.

datuk t charged 240611 rahim thamby chik"Kami juga menjalankan kajian bagi mengeluarkan benih bermutu yang mampu mengeluarkan getah dalam kuantiti banyak serta berkualiti," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar selepas majlis Penyampaian Bantuan Khas Kejatuhan Harga Getah (BKKH) peringkat negeri di pejabat RISDA Pahang di Kuantan hari ini.

Seramai 500 daripada 22,272 pekebun kecil di Pahang hadir menerima bantuan itu. Turut hadir Pengarah Risda negeri Md Tahir Othman.

Dalam pada itu Rahim berharap bantuan insentif itu dapat mengurangkan beban kewangan pekebun kecil berikutan kejatuhan harga getah yang memberi kesan kepada mereka.

- Bernama