Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

27.4.13

Hindraf Uthaya 'pecat' Waythamoorthy


 
Hindraf yang diketuai oleh pemimpin pengasasnya, P Uthayakumar memecat adiknya yang juga pengerusi Hindraf serpihan, P Waythamoorthy daripada gerakan tersebut.

Keputusan itu dibuat dalam majlis tertinggi Hindraf pada 25 April, kata Uthayakumar dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

Uthayakumar sebelum ini mendakwa adiknyaitu yang telah menyatakan sokongan kepada BN,  telah "merampas" gerakan tersebut daripadanya.

NONEBagaimanapun, pemecatannya tidak mempunyai implikasi undang-undang kerana kumpulan Waythamoorthy (kiri dalam
gambar, berbaju oren) adalah pihak yang mendapat pengiktirafan rasmi daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 8 Mac.

"Kami merasakan bahawa Waytha telah menyimpang jauh dari
tuntutan asal 18 perkara Hindraf," kata Uthaya sambil menegaskan bahawa tuntutan asal Hindraf tidak pernah mengenai janji undi kepada sama ada BN atau Pakatan Rakyat

Bagaimanapun, beliau mengakui bahawa Hindraf Waythamoorthy akan terus diiktiraf sebagai pertubuhan Hindraf yang berdaftar.

NONE"Jika saya bekerjasama dengan (Pengerusi BN) Datuk Seri Najib Tun Razak, saya boleh dapat (pendaftaran) yang sama. Saya boleh memilih jalan yang mudah, tetapi saya tidak buat," katanya.

Bagaimanapun, Uthaya menegaskan bahawa beliau akan terus menggunakan nama Hindraf walaupun kemungkinan disaman oleh Hindraf yang 'sah'.

"Saya membangunkan gerakan ini dan anggotanya. Jika mereka mahu saman, biarlah mahkamah yang buat keputusan," katanya.

Beliau, bagaimanapun, percaya Waythamoorthy, sebagai "pengikut" beliau, tidak akan melawan "gurunya".

Tiada ulasan: