SABAH Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan janji-janji Pakatan Rakyat umpama 'madu beracun' yang didakwanya gagal dipenuhi oleh pakatan pembangkang itu.

Oleh itu, ia ia bukannya pilihan antara madu atau racun, katanya ketika menyentuh lagu 'madu dan racun' yang dijadikan lagu kempen oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

NONEIa merupakan sebuah lagu pop popular tahun 1980-an dendangan penyanyi Indonesia Arie Wibowo.
Menerusi lagu itu, Anwar mengibaratkan Pakatan sebagai madu dan BN
sebagai racun.

Berucap di perhimpunan kira-kira 5,000 orang di Keningau hari ini, Najib berkata janji-janji pembangkang seperti madu beracun dan "bukan pilihan antara madu atau racun."

Najib meminta rakyat supaya jangan terpedaya dengan janji-janji tersebut kerana mendakwanya semuanya nampak baik tetapi di dalamnya mengandungi 'racun'. Baca berita penuh]
Hadir sama Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, yang juga calon Parlimen Keningau. 
Menyentuh mengenai kerusi Parlimen Keningau, Najib menyifatkan Pairin sebagai pemimpin yang mempunyai prinsip dan tidak mementingkan jawatan, lapor Bernama.
   
NONESebaliknya kata Najib, Pairin yang  digelar 'huguan siou' atau ketua  suku kaum Kadazandusun dilihat amat mengutamakan keperluan rakyat.
   
"Seharus pemimpin begini yang kita perlu pertahankan...kalau saya yang bukan orang Kadazan boleh hormat huguan siou, tak kan orang Kadazan tidak boleh hormat," katanya.
   
Najib juga berharap masyarakat Keningau akan memberi sokongan padu untuk calon BN bagi kerusi Parlimen Keningau dan tiga Dewan Undangan Negeri di bawahnya.
   
Keningau mempunyai 43,691 pengundi dengan majoriti kira-kira 66 peratus merupakan kaum Kadazandusun Murut.
   
Tiga DUN di bawah Parlimen itu ialah Tambunan yang ditandingi Pairin, Bingkor yang diwakili calon muka baharu Kennedy Jie John dan Liawan oleh Datuk Sairin Karno.