Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

22.4.13

Kerajaan terbaik, Siti Nurhaliza undilah PR


Posted on Tuesday, April 23 @ 03:59:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever

Berita Oleh: laniismaa

"Tahniah kepada Siti Nurhaliza yang kini cantik bertudung. Kepada peminat Siti dan Rosmah Mansor cuba-cubalah bertudung seperti Siti, artis kesayangan hangpa, janganlah ikut Rosmah. Siti yang artis pun boleh bertudung, hangpa yang tak artis bila lagi? Besar pahala Siti ajak bertudung.

Kerajaan terbaik, Siti Nurhaliza undilah PR kerana Siti bercerita tentang kerajaan terbaik. Siti pengundi Cheras, rakan terbaik kerajaan Selangor. Tentunya kerajaan terbaik adalah Pakatan Rakyat untuk diundi Siti lebih-lebih lagi di Selangor. Banyak kebaikan yang dibuat kerajaan PR Selangor untuk rakyat Selangor. Kerajaan yang berusia 5 tahun terbaik berbanding yang dah kerajaan yang dah 50 tahun. Kalaulah 5 tahun lagi diberikan PR, tentu ia menjadi lagi terbaik. Salah satu undi tentulah dari Siti untuk diberikan.
“Saya sebagai rakyat malaysia semestinya mahukan yang terbaik. Apatahlagi sebagai artis, kami juga antara masyarakat yang menyumbang kepada pembangunan negara. Jadi, kami juga berhak bersuara dan memberikan pandangan. Apa yang penting, keamanan serta semua rakyat berhak mendapat dapat kebaikan dalam setiap sudut. Bukan sekadar kehidupan tetapi keistimewaan yang diberikan biarlah sama rata tak kiralah rakyat itu statusnya tinggi ataupun rendah dan perlu juga bergantung kepada keupayaan masing-masing”, kata Siti. – MD
Kalau kenyataan Jamal Abdillah mati-mati sokong BN, Siti lebih terbuka. Lebih terbuka untuk menyokong selain BN. Harapnya begitulah…

Betullah kata Siti untuk dapatkan kerajaan terbaik. Artis lain pun rasanya nakkan kerajaan terbaik. Kini terhidang kerajaan terbaik selain BN untuk dibuat pilihan.

Tiada ulasan: