- Idan Radzi
Bagi sy orang yang mainkan isu kaum ini orang yang muflis... ada titik hitam dalam hatinya... sebab bukan Melayu sahaja Islam; Cina lagi ramai Islam... Hindustan, Pakistan pun Islam; Bangla pun Islam; Jangan lupa jika nak sebut kafir pun sama... bukan Cina pun kafir; Melayu pun ramai kafir, murtad lagi hina... apa isunya RASIS ini... Cer ketik Internet Islam di Rusia; kian gah Islam di sana; jika nak kata kaum ini Tsunami Cina dan sebagainya mmg silap... Trenganu pun pernah Tsunami Melayu; Kelantan lagilah sentiasa Tsunami sebab tak mahu berkalih fahaman politik; sebelum ini pun kaum Cina mana ada sokong sehebat kini terhadap PAS. kaum Cina sebelum sentiasa sokong BN; tetiba berkalih parti mesti ada sebab. Bukan Tsunami atau Rasis.
Politik di Malaysia nampak nazak sebab golongan muflis ini... mereka hilang keyakinan kepada kaum Cina bila tak sokong mereka di sebalik itu mereka tak pun takut orang Melayu berpecah; tak pun risau anak cucu kita yang makin payah hidup mereka... asyik menuding kaum lain kaum sendiri masih perlukan pembelaan... masih perlu muhasabah diri. Usah suka guna kepentingan diri untuk tujah parti lawan... sedangkan demokrasi bukan begitu; Selangor BN jadi pembangkang... Perak pun PR dipaksa jadi Pembangkang... begitu juga Penang ini fakta... semua orang tahu... jangan kata awak pembangkang jika diri sendiri pun pembangkang.
TUHAN kita telah membuktikan bila campur semua yang undi PR & undi BN ianya dapat angka PELIK ... Nampak sangat fahaman politik rakyak Msia telah berubah. Memang ada mainan politik jika kita mengkaji secara syumul. Hatta hentikan dakwaan Rasis & segala.
Buat BN mandat dah dapat tunaikanlah tanggungjawab sebaiknya... buat PR jika ada saluran yang boleh betul sikap SPR dan segala penipuan terjah & gunakan segala akta & undang; cabar semua kehebatan peguam seMalaya berpencak silat di mahkamah itu menarik amat; kalah bab lain... setidak-tidak dapat melunaskan segala akta udang-undang & perlembagaan.
Yang penting kita kena sayangi Agong kita sebab Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang memegang martabat agama Islam kita. Politik tanpa Islam pasti akan HANYUT.
Bila berlaku rusuhan kaum Tentera Udara Diraja Malaysia akan menjadi pemangkin negara. Agong akan menjadi teruja negara; apa kita risau sangat bab parti-parti ini. Jika sy jadi Pengerusi SPR/atau lembaga berkuasa PRU yang berwajib... mana parti bikin kecoh pasti sy gantung pendaftaran. Jangan pilih bulu.
(Sy tetap NEURAL dalam berpolitik rakan sy ramai dari BN ramai juga dari PR kami mesra makan di meja bulat bersama)
Satu hari nanti jika BN tak Ujud lagi PR tak Ujud lagi anak cucu kita biarlah MATANG memilih parti berpolitik lain.
Penyair iDANRADZi
Senjata Makan Tuan
9.5.13
Rasis ooo Rasis
Komen Menarik
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan