Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

3.5.13

Pengundi Berdaftar Atau Pengundi Hatu Berdaftar?

Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menegaskan bahawa kumpulan yang dibawa dengan penerbangan khas, seperti yang dipersoalkan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, merupakan pengundi berdaftar Malaysia.

Tengku Adnan dalam satu laporan Bernama juga menjelaskan, penerbangan berkenaan dibiayai oleh "rakan-rakan BN".

"Tidak ada apapun yang benar berhubung dakwaan pembangkang, tidak lain dan tidak bukan penumpang itu hanya pengundi berdaftar Malaysia," katanya seperti dipetik dalam laporan agensi berita dikuasai kerajaan persekutuan itu.

Tambahnya, tindakan PKR membangkitkan perkara itu adalah usaha untuk "memburuk-burukkan sistem pilihan raya".

Sedangkan, Pakatan Rakyat turut menempah bas untuk membawa pengundi dari negara jiran, katanya.

Malah, BERSIH, turut membayar tambang penerbangan bagi rakyat Malaysia untuk pulang dari Shanghai dan Hong Kong, katanya lagi.

"Pakatan rakyat secara sinis cuba menimbulkan keraguan mengenai keadilan sistem pilihan raya bagi melemahkan demokrasi Malaysia.

"Ia adalah satu kempen bagi memburuk-burukkan sistem pilihan raya menjelang pilihan raya. Pembangkang sedang menyediakan satu alasan bagi kekalahan mereka," kata Tengku Adnan, yang merupakan penyandang kerusi parlimen Putrajaya.

Beliau mengulas dakwaan Anwar hari ini bahawa Pejabat Perdana Menteri (PMO) terlibat dalam operasi untuk membawa masuk pengundi yang dicurigai dari Malaysia Timur ke Semenanjung.

Anwar mendakwa PKR memperolehi bukti dokumen dan fotograf berhubung 16 penerbangan sewa khas yang membuat perjalanan setiap hari dari pelbagai lokasi di Malaysia Timur.

Beliau mendakwa, sekurang-kurangnya 40,500 orang akan dibawa dalam penerbangan tersebut menjelang hari mengundi.

Beliau juga mendakwa, daftar penumpang yang didakwa diperolehi PKR, menunjukkan bahawa penumpang tersebut merupakan warga asing.

Mengulas dakwaan itu, PMO hari ini turut mengeluarkan kenyataan bagi menafikan terlibat membawa pengundi yang dicurigai itu, seperti didakwa Anwar.

"Pejabat Perdana Menteri menafikan sebarang pembabitan berhubung penerbangan seperti ini.

"Suruhanjaya Pilihan Raya telah bertungkus lumus memastikan bahawa sistem pilihan raya lebih kukuh daripada sebelum ini, dan pilihan raya adalah bebas dan adil,” kata seorang jurucakap kerajaan dalam laporan Bernama. -MK

Respon Menarik:

MAK DATOK KAYA MEREKA INI MENGUNDI SIAP ADA ORANG SPONSOR NAIK KAPAL TERBANG; ORANG KAMPUNG NAIK BASIKAL TUA:

Boleh terima hari mengundi untuk kemudahAN SEMUA PENGUNDI guna heli dari hutan ke peti undi; tapi jika merantau jauh sebegini kenapa tak tukar saja alamat mengundi: Itu lebih rasional. Satu hari nanti ada pula kemudahan duduk London akan kasi tiket balik Malaysia sebab nak mengundi. Ini namanya orang kaya tak sedar diri; guna duit siapa sebenarnya.

Tiada ulasan: