Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

3.5.13

Peluang pertama calon Melayu DAP di Johor



ULASAN Tinggal sehari lagi akan berlangsunglah detik-detik yang dinantikan semua rakyat Malaysia, malah rakyat dunia juga, khususnya mereka yang cintakan perubahan ke arah Malaysia baru yang demokratik.

NONESaya ke Tanjong Piai, untuk melihat sendiri calon Melayu DAP, Mahdzir Ibrahim berkempen dalam PRU 13 ini. Saya di bantu, seorang aktivis masyarakat setempat, yang hanya mahu dikenali dengan nama Abang Tut (Tukiman).

Dengan kereta yang dipandu Abang Tut, kami berkeliling ke serata pelusuk kawasan Parlimen Tanjung Piai, dari penghujung benua Asia, sehinggalah ke kaki Gunung Pulai.

Bagi kerusi P165 ini, Mahdzir bertembung dengan bekas Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wee Jeck Seng.

Saat gelanggang PRU13 dibuka, Mahdzir cuma dilihat sebagai calon ‘underdog'. Apatah lagi Johor merupakan kubu kuat Umno - BN, sejak zaman penubuhan parti itu lagi.

Wee Jeck Seng - anak didik bekas Presiden MCA, Ong Ka Ting - pula dikatakan cekap berkhidmat kepada penduduk tempatan.

dap congress 161212 ahmad tonPada pilihan raya umum 2008 yang lalu, Jeck Seng mengalahkan calon DAP Ahmad Ton (kiri) dengan majoriti selesa lebih 11,000 undi.

Namun, dari sehari ke sehari, sokongan terhadap Mahdzir mula bertambah.

"Pertama kali seorang calon DAP Melayu memiliki peluang untuk menang," begitu ulas Abang Tut dengan yakin, sambil dia membawa saya melewati persekitaran Tanjung Bin.

Tanjung Bin terletak di bawah parlimen P165. Dulu ia merupakan kawasan hutan paya bakau dan pantai dengan kepelbagaian ekosistem flora dan fauna.

Poster tak naik ke dinding rumah

Hari ini Tanjung Bin, hanyalah menjadi lambang kemegahan dan kehebatan empayar perniagaan Syed Mokhtar Bukhary, dengan pusat jana kuasa arang batu itu di atas kehancuran alam sekitar.

Di Tanjung Bin, kami singgah minum di sebuah warung yang penuh dengan poster, bendera BN.

NONE"Macam mana suasana PRU di sini?" tanya saya kepada beberapa orang lelaki pertengahan umur yang duduk di warung itu, tanpa merujuk parti mana yang didokongnya.

Jawapan yang saya terima, "mestilah bulan akan selalu cerah, mudah roket naik ke bulan."

Dugaan saya bahawa bendera BN yang terpacak di sepanjang jalan dan segala papan iklannya itu menandakan tahap sokongan kuat BN meleset.

Abang Tut, seorang pesara tentera berusia 64 tahun menambah, "pasang bendera tepi jalan itu sudah bagi kontrak, bukan usaha sukarela ahli-ahlinya, kalau diusahakan ahlinya pun, mesti dengan upah."

NONEDi sini, saya melihat perbezaan budaya kerja parti-parti dalam Pakatan dan BN. Dalam Pakatan pendokongnya sanggup menyumbang wang ringgit, harta dan tenaga untuk perjuangan partinya.

Tinjauan di beberapa kawasan Melayu, seperti di Kg Sungai Cokoh, Kg Sg Blukang, Kg Sg Boh, Kg Belokok, Kg Sawah dan Kg Melayu Raya menunjukkan bendera BN gah tercacak di sepanjang jalan kampung. Cuma sesekali, kelihatan bendera Roket dan Bulan.

Namun seperkara yang saya sedar, tidak seperti PRU yang lalu, tidak banyak rumah yang menampal poster calon atau menaikkan bendera Umno-BN di kawasan atau pada dinding rumah mereka.

Barangkali, sejak Mac 2008, orang sudah biasa melihat orang Cina membawa bendera PAS dan orang Melayu membawa bendera DAP.

Imej ini menandakan runtuhnya tembok perkauman yang memisah-pecah-perintahkan hubungan antara kaum, sejak zaman Inggeris lagi.

Mahdzir: Bukan tukar akidah, cuma wadah
Beberapa rumah Melayu di sini, turut mengibarkan bendera Roket, namun yang lebih penting sebuah rumah Melayu di Kg Teluk Kerang, Jalan Kukup menjadi markas gerakan DAP.

Sesampainya di Pekan Nenas, saya berkesempatan mendekati Mahdzir yang cukup sibuk berkempen. Mahdzir, graduan seni halus UiTM, berusia 37 tahun, merupakan anak jati Johor merangkap ketua biro Pakatan DAPSY.

NONE"Kerusi Parlimen Tanjung Piai ini amat penting untuk gagasan politik baru yang diangkat parti-parti dalam Pakatan, khususnya DAP," tutur Mahdzir.

Ia merupakan gelanggang pertarungan di antara politik di peringkat nasional dan politik setempat.

Keputusan PRU kerusi Tg Piai akan memperlihatkan sejauh mana kuatnya faham perkauman yang telah ditanamkan politik Umno-BN, selama 55 tahun ini. Ia juga akan menunjukkan sekuat mana hembusan bayu perubahan yang digerakkan Pakatan.

Buat Mahdzir kemasukannya bergiat dalam DAP, "bukanlah bertukar akidah, ia cuma wadah perjuangan."

"Saya mahu memulihkan tanggapan, DAP bukan hanya untuk orang Cina."

Cemuhan ketika berkempen
Bagaimanapun, Mahdzir, mengakui pertarungan kali ini cukup getir. Dia berdepan cemuhan dan hinaan saat berkempen, khususnya daripada pengundi Melayu yang berumur.

"Malah ada yang tidak mahu bersalaman, menunjukkan penumbuk, merenyukkan risalah atau bahan-bahan sebaran kempen " katanya lagi.
Cukup mengejutkan Mahdzir, para pengundi dengan ciri-ciri; usia pertengahan, berpendidikan, akses maklumat media baru tidak ada masalah menunjukkan sokongan terhadap PR dan DAP.

NONEPada 55 tahun dahulu, bekas pendiri dan Presiden Umno, Datuk Onn Jaafar terpaksa berkelana berseorangan ke Kuala Terengganu memperjuangkan gagasan Parti Negara, sebuah parti politik tidak berasaskan kaum.

Kemudiannya, pada penghujung 1980-an, di zaman parti Semangat 46, Hussein Onn dan Tunku Abdul Rahman sendiri, bekas-bekas presiden, terpaksa meninggalkan Umno bagi menubuhkan Persatuan Hak Asasi Manusia Malaysia (HAKAM).

Pada 55 tahun dahulu, orang-orang Umno Melayu Johor menolak Datuk Onn dan gagasan hak-hak kewarganegaraan tanpa berasaskan kaum.

Tetapi 55 tahun kemudian, orang-orang Melayu, tolonglah jangan mengulang kesilapan masa lalu. Ubahlah, jika tidak sekarang, bila lagi?

Tiada ulasan: