Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

3.5.13

Kantoi: Ada Cubaan SPR Bawa Keluar Kertas Undi?

Lumut : Kejadian aneh berlaku pagi semalam apabila cubaan pihak tertentu untuk memindahkan kotak-kotak undi awal dan kertas undi kosong disedari oleh calon Pakatan Rakyat di Parlimen Lumut.

Kertas undi pos yang telah dipangkah cuba dipindahkan dari lokap balai polis.

Perkara yang tidak dirancang itu berlaku apabila calon-calon Pakatan Rakyat singgah melawat petugas parti yang bergilir mengawal kotak undi awal dan kotak kertas undi kosong di lokap IPD Seri Manjung.

Salah seorang dari mereka yang menyaksikan kejadian adalah calon KEADILAN bagi Parlimen Lumut, Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid.

“Saya sampai di tepi IPD ini, dan nampak ada pegawai SPR sedang memunggah kotak-kotak itu masuk ke dalam kenderaan pacuan empat roda. Saya tanya nak bawa ke mana. Dia kata nak bawa ke dewan undian. Saya tanya untuk apa. Dia kata untuk semak.

“Saya tekankan dalam peraturan tak ada pun yang mengatakan kotak-kotak ini boleh dibawa keluar. Hanya boleh dibawa keluar pada 5 Mei sebelum pilihan raya dilaksanakan,” kata Imran mendedahkan perkara itu.

Mereka berjaya mengambil gambar bukti kotak kertas undi yang sedang dikeluarkan dengan alasan untuk ‘SEMAKAN SPR’.

Ia pula dibuat tanpa sebarang notis dari pihak SPR kepada para calon atau wakil-wakil mereka.

Ekoran itu, pihak peguam dari wakil parti dalam Pakatan Rakyat sedang mengambil tindakan selanjutnya.

Dalam PRU 13 ini, selain Imran, Rohawati Abidin, calon PAS akan mewakili DUN Pasir Panjang, manakala DUN Pangkor diwakili Saifullah Zulkifli dari KEADILAN.

http://www.youtube.com/watch?v=IUvmvQqChV8 

http://www.youtube.com/watch?v=5C22bSKjhTA 

Respon Menarik:

Tak kisahlah kertas undi telah dipangkah atau tidak; isunya jika bebas keluar masuk sebelum mengundi lagi bermakna mudah amatlah nanti nak tukar kotak undi; sebab mengikut peraturan yang Pegawai yang bertugas atau wakil SPR kena berada di tempat kejadian (ini bukan kertas tisu); BIla tiada kawalal ketat apa kata kertas ini disorok dalam perjalanan pelbagai pastinya ini  mudah amat disalah gunakan. Secara lojik pasti petugas yang sama akan buat kerja pemindahan ketika hari mengudi nanti. Wah piagam kerja apa SPR ni buat?.

Kerja biarlah berETIKA; itu yang penting.

Tiada ulasan: