Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

3.5.13

Bagaimana Kertas Undi Keluar Dua Kali?

PAS Kawasan Temerloh hari ini membuat laporan polis berikutan berlaku pengeluaran kertas undi dua kali kepada tujuh pengundi pos yang merupakan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh.

Pengarah Jentera Pilihan Raya PAS Temerloh, Hassan Omar berkata, akibat pertindihan nama daripada senarai pemilih undi pos itu, pihaknya mengsyaki boleh berlaku manipulasi termasuk di kawasan-kawasan lain seluruh negara.

Beliau yang ditemui di perkarangan Ibu Pejabat Daerah Polis (IPD) Temerloh berkata, PAS Temerloh membuat laporan polis mengenai ‘penipuan’ tersebut mendesak satu siasatan rapi kerana jika dibiarkan akan menyebabkan pengundian berganda bagi seseorang pengundi.

“Kejadian ini disedari agen calon PAS bagi Parlimen Temerloh, Roslan Ahmad, pada tengahari 23 April lalu semasa terlibat menjadi wakil calon ketika proses pengeluaran kertas undi pos.

“Roslan seorang yang berpengalaman dan berjaya mengesan pertindihan nama tujuh pemilih dan mendesak supaya dibatalkan tujuh nama tersebut daripada menerima kertas undi pos kedua,” ujarnya.

Hassan berkata, PAS juga mendesak polis menyiasat sistem pengkalan data SPR yang mungkin terdapat percubaan untuk menipu dan pecah amanah dalam pilihan raya umum (PRU) ke 13 ini.

Beliau juga mendesak, supaya sistem undi pos dikaji semula dan dihapuskan sama seperti tuntutan NGO Bersih, kerana wujudnya ruang-ruang tidak adil, boleh dimanipulasi dan berat sebelah dalam sistem demokrasi.

respon menarik:

Anonymous said...
May 2, 2013 at 7:31 PM
Persaingan adalah sesuatu yg sihat. Terutamanya dalam politik negara. Kenapa masih beranggapan rakyat tidak mahukan persaingan dalam politik? Kenapa perlu ditakutkan rakyat yg telah diberi hak untuk memilih wakil rakyat?

Sudah banyak kali PM mengingatkan BN. "Ubah sebelum kita diubah.... Transformasi.."

Persoalannya, apa yg telah diubah? Apa yg berubah? Apa yg ditransformasikan.

Saya taknak tanya pembangkang sebab pembangkang tidak pernah di beri kuasa di peringkat pusat.

Mari kita fikir dan renungkan. Sepanjang PM ambil-alih kuasa,
1. berapa org menteri yg diubahnya? Menteri pembuat dasar. Berapa byk dasar baru?

2. berapa tambahan wanita jadi menteri? Atau beliau yg jd menteri wanita?

3. berapa tambahan org muda jadi menteri? Atau ketua pemuda winnable candidate tidak layak jadi menteri?

4. pendatang asing bertambah atau berkurang dengan banyaknya? Yg sepatutnya balik, adakah mereka betul2 balik atau diberi MyKad dan kekal berniaga di sini?

5. lebih aman dan stabilkah Malaysia? Berkurang atau bertambahkah kes tembak mati rakyat Malaysia? Kali terakhir pencerobohan seperti Lahad Datu tu bila? Setahu saya komunis secara rasmi letak senjata 1989.

6. lebih adilkah siaran berita dan rancangan politik di media kawalan kerajaan yg dibiayai oleh wang rakyat? Atau lebih teruk dan berat sebelah? Media parti tak payah cakaplah. Bukan guna wang rakyat.

7. lebih ramaikah rakyat berpendapatan tinggi? Atau lebih ramai yg mengharapkan sedekah BR1M?

8. lebih banyakkah biasiswa dan tempat belajar di IPTA sebagai pelaburan kpd masa depan negara? Atau lebih banyakkah hutang yg perlu ditanggung rakyat kerana terpaksa belajar di IPTS?

9. lebih banyakkah monopoli perniagaan? Atau berkurangan? Proton ke mana? FELDA? 1MDB?

10. Cukupkah rumah kos rendah untuk dimiliki oleh rakyat atau sudah tiada rumah kos rendah? Di mana rakyat nak tinggal? Sewa seumur hidup? Jadi setinggan macam pendatang? Kalau layak BR1M bermakna tak mampu/layak dapat loan rumah baru yg rata2 berharga 150,000 ke atas.

11. Bertambahkah kampung Melayu atau berkurang kerana dirobohkan untuk pembangunan?

12. lebih murahkah harga kereta atau lebih mahal?

13. lebih murahkah harga tol PLUS setelah berbillion dikutip?


14. kenapa rakyat biasa masih lagi mesti ikut giliran utk menunaikan haji walaupun cukup wang simpanan sedangkan yg kaya-raya dan berkuasa boleh pergi setiap tahun. **Ini saya tambah sebab terkena batang hidung saya sendiri. Giliran saya lambat lagi. Entah ada umur lagi ke tidak.

Jawablah soalan di atas dengan jujur dan mengundilah untuk kerajaan yang lebih baik dan boleh dipercayai.

Akhir kata, pembangkang dah 12 kali kalah pilihanraya. Tak pernah menang pun. Takda huru-hara. Kenapa kalau BN kalah, mesti huru-hara? Kenapa BN berani mempertikaikan kredibiliti polis dan tentera kita menjaga keamanan negara? Kenapa Polis tidak mengambil tindakan terhadap calon BN yang menjaja huru-hara jika pembangkang menang?

Tiada ulasan: