Panas hati apabila membaca tajuk akhbar
Utusan Malaysia dan juga Kosmo hari ini. Tajuk akhbar “Apa Lagi Cina
Mahu?” menimbulkan rasa kurang senang terutamanya bagi pembaca berbangsa
Cina dan seolah-olah berbaur perkauman. Hal ini tercetus berikutan
parti komponen DAP dari Pakatan Rakyat memenangi 38 kerusi daripada 51
kerusi Parlimen yang dipertandingkan , serta isu bekas Ketua Menteri
Melaka, Mohd Ali rustam yang tewas dalam Pilihanraya umum ke 13 kepada
calon dari Parti Keadilan Rakyat ( PKR ), Shamsul Iskandar Mohd. Akin
dengan majoriti 5,447 undi. Mereka menyifatkan masyarakat Cina di
kawasan berkenaan tidak tahu membalas budi dan lupa daratan selepas
menikmati segala projek pembangunan, bantuan dan peluang perniagaan yang
dibawakan oleh Mohd. Ali sepanjang 13 tahun menjadi Ketua Menteri.
Selain itu nasib sama menimpa bekas
Menteri Besar Johor iaitu Dato Abdul Ghani Othman yang tewas kepada
penasihat DAP iaitu Lim Kit Siang di kerusi Parlimen Gelang Patah ,
Johor.
Memetik artikel yang berbaur perkauman itu ,Masyarakat Cina gagal dalam usaha mereka untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang orang Melayu menjadi terasnya. Kegagalan itu sudah tentulah mengecewakan mereka yang amat berharap dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ia menjadi medan untuk mereka ‘menguburkan’ UMNO melalui kejayaan pakatan pembangkang.
Biarpun mereka melakukan gerakan yang dilihat bersepadu di seluruh negara dengan memastikan hampir semua undi diberikan kepada parti cauvinis, DAP dan calon-calon pakatan pembangkang lain khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) namun ia belum cukup menumbangkan kepimpinan BN yang UMNO menjadi tonggak utama. Justeru tidak hairanlah, semalam puak-puak yang dianggap tidak tahu mengenang budi ini melakukan tindakan yang memualkan apabila melancarkan apa yang dipanggil silent walk.
Hakikatnya, masyarakat Cina sememangnya sudah lama menyimpan hasrat untuk memiliki kuasa politik yang kuat.
Berikutan kesediaan PKR dan Pas bekerjasama dengan DAP, masyarakat Cina melihat PRU-13 peluang terbaik, justeru mereka keluar habis-habisan mengundi dan memberi isyarat untuk menolak BN. Segala kebaikan yang ditunjukkan Datuk Seri Najib Tun Razak yang mempelopori gagasan 1Malaysia langsung tidak dihargai. ( dan rata-rata rakyat Malaysia juga tidak menghargai cara DS Rosmah Mansor yang menampilkan fesyen mewah sentiasa )
Begitu juga dengan pelbagai program, projek dan tuntutan masyarakat Cina yang hampir keseluruhannya dilaksana dan dipenuhi oleh kerajaan BN. Tetapi ternyata, mereka menjadi kelompok yang tidak tahu membalas budi. Mereka hanya bijak bersandiwara di hadapan pemimpin-pemimpin BN dengan tujuan memperoleh apa yang mereka hajati.
Apa yang mereka pohon diluluskan tetapi undi diberi kepada DAP. Kini mereka cuba pula hendak mencetuskan suasana tidak tenteram apabila melakukan pelbagai protes yang boleh membangkitkan kemarahan orang Melayu. Kelompok seumpama ini perlu diperingatkan bahawa jangan sampai mereka dilihat terlalu melampau untuk membuat tuntutan politik mereka kerana kesabaran orang Melayu ada hadnya. Dan apa yang pasti seperti mana kata bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam; ”… mereka kata orang Melayu rasis sebaliknya, kali ini mereka sangat rasis.”
Adakah wajar akhbar nasional menggunakan
tajuk yang seolah-olah menggambarkan orang Cina di Malaysia ini
bencikan kaum Melayu ataupun kerajaan dengan ayat mahu ‘menguburkan
UMNO’? Apa yang masyarakat Malaysia tidak kira bangsa mahukan adalah
pilihan raya yang adil dan menolak politik wang dan politik kotor.
Kekurangan sokongan kepada Barisan Nasional bukanlah disebabkan oleh
pengundi Cina yang kononnya rasis ataupun lupa diri, tetapi ketamakan
sesetengah pihak dalam kerajaan yang mengaut keuntungan dengan cara yang
kotor dan mereka ini mahukan perubahan.
Disebabkan kedangkalan media massa
sebeginilah boleh menimbulkan isu perkauman, dan bukan ini yang rakyat
Malaysia mahukan. Ya mungkin dahulu, Malaysia ini adalah tanah untuk
Melayu. Tetapi ada sebab mengapa Tanah Melayu menukar namanya menjadi
MALAYSIA.
Anonymous May 7, 2013 at 8:58 PM
Harap
DS Najib meneruskan ketegasan ini. Insya'allah Melayu dan bumiputera
serta kaum lain di Malaysia akan menyokong DS Najib dan Barisan
Nasional. Jangan bersikap terlalu apologetik. Saya percaya DAP dan
sekutunya akan terus menyalahkan UMNO, NGO melayu dan akhbar dengan
menyatakan isu Tsunami Cina ini adalah permainan UMNO sehingga kita
merasakan mereka benar dan kita salah. Jangan peduli dengan permainan
mereka. Kebenaran mengenai tsunami cina ini sudah dijelmakan dan
terbukti dalam PRU13. Kita harus bertegas dengan dasar kita nak membela
bangsa Melayu dan bumiputera yang masih jauh ketinggalan berbanding
dengan kaum Cina....Apa lagi yang Cina Mahu? sebenarnya boleh kita lihat
peribahasa di beri betis nak peha. Seperti belanda dapat tanah...
![](http://img1.blogblog.com/img/anon36.png)
AnonymousMay 7, 2013 at 9:33 PM
Alhamdulillah
PRU 13 telah pun selesai. Sesuatu yang menarik ianya telah berjaya
mencuit perasaan dan kepercayaan kita kepada suatu bangsa yang selama
ini kita anggapkan sebagai rakan yang sering disusukan.