19.4.13
Siri protes oleh penyokong dan ahli UMNO BN yang menguntungkan PR
Posted on Friday, April 19 @ 23:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Blog Gendang Perang
Lembaga Disiplin Umno sedang sibuk sekarang. Mereka sedang memasang spy untuk memantau dan melaporkan kes sabotaj UMNO yang sedang berlaku di mana-mana sekarang. Lembaga Disiplin mungkin pening ketika ini. Tak lebih puluhan pemberontakan dalam ahli UMNO dan BN terhadap parti itu ketika ini.
Pemberontakan Pertama : Wanita UMNO Seluruh negara
Timbalan ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim dijangka akan memberontak kali ini. Beliau akan bertanding bebas untyk melahirkan kecewaan dengan “penghinaan” yang ditunjukkan Najib. Beliau sebelum inmenjangkakan untuk diletakkan sebagai calon di kerusi parlimen Kuala Kangsar, di bahagian Umno yang diketuainya untuk menggantikan Rafidah Aziz. Malangnya Najib melantik orang lain. Lagi melenting Wanita UMNO apabila ketua Wanita Umno negeri di Kedah, Johor, Selangor dan Terengganu turut dibakulsampahkan. Dijangka Wanita UMNO akan mengadakan protes besar-besaran dalam masa terdekat.
Pemberontakan ke-2 : PULAU PINANG
Dua pemimpin BN – koordinator BN untuk Machang Bubuk, Ooi Suan Hoe dari Gerakan dan ketua pemuda MIC Pulau Pinang, J Dhinagaran – dikatakan akan meletak jawatan dari parti masing-masing dan bertanding sebagai bebas. 3 perhimpunan telah diadakan di Kepala Batas, Seberang Jaya dan Bagan Dalam semalam oleh penyokong BN yang digugurkan oleh Najib.
Keadaan di Pulai Pinang makin panas apabila 3 veteran BN, Bekas Timbalan Menteri Pertanian, Datuk Shariff Omar, Penyelaras Gerakan Batu Uban, A Mohan dan penyandang kerusi Dun Sungai Dua, Datuk Jasmin Mohammed telah mengisytiharkan perang terhadap BN apabila tidak terpilih sebagai calon. Datuk Sharif dijangka akan menjadi calon Bebas di Parlimen Tasek Gelugor. A Mohan di Parlimen Batu Kawan dan Datuk Jasmin dijangka akan menyokong Azmi Alang untuk Dun Sungai Dua. AJK UMNO TAsek Gelugor, Datuk Mustaffa Idror juga akan menjadi calon bebas menentang UMNO sendiri di Dun Telok Ayer Tawar.
Dilaporkan banyak bilik Gerakan Umno ditutup kerana tidak puas hati dengan pilihan calon mereka. Ia dapat dilihat di Taman Desa Murni Sungai Dua, Merbau Kudung, Simpang Empat dan satu dua lagi tempat di Parlimen Tasek Gelugor.
Nyata kemenangan moral buat PR di Pulau Pinang. Tugas mudah untuk pertahankan Penang dan pada masa yang sama, merampas kembali kerusi-kerusi yang dimenangi oleh BN dalam PRU lalu.
Pemberontakan Ke-3 : N SEMBILAN
MCA Seremban telah melakukan demontrasi di hadapan Pusat Khidmat MCA Seremban bagi menolak Dr Yeow Chai Tiam sebagai calon Parlimen Seremban. Menurut Ketua MCA Seremban, Datuk Peter Lai Yit Fei menyatakan bahawa Chai Tiam dikekalkan sebagai calon, mereka akan boikot dan tidak akan turun padang membantu MCA.
Manakala di Negeri Sembilan juga, melibatkan Dun Chennah apabila penduduk menolak calon baru, Siow Foo Wen dan mahukan calon lama, Datuk Siow Chin dikekalkan di DUn itu. Manaka di Dun Palong, kira-kira 200 orang berdemontrasi membantah pencalonan bekas ahli Parlimen Jempol, Datuk Lilah Yasin bagi Dun Palong. Dilaporkan banyak bendera BN diturunkan terutama di Felda Palong, kerana menolak Datuk Lilah yang bukan penduduk asal Palong.
Di Johol pula, calon BN bagi DUN Johol, Mohd Fadzil Abu Kasim mengaku kalah awal apabila menolak menjadi calon BN kali ini. Beliau telah menyerahkan kembali watikah yang diberikan kepadanya. Ini kerana terdapat banyak bantahan tentang pencalonan beliau di kerusi Dun itu. Dilaporkan oleh akhbar bahawa pencalonan beliau telah mendapat bantahan hampir keseluruhan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Johol.
8 PDM tutup operasi iaitu di Malan Baru, Selaru, Kuala Johol, Padang Jual, Inas, Pekan Johol, Air Mawang, Nuri dan Kepis. Di bilik gerakan PDM kecil di Kampung Sri Kepis pula, bendera Umno dan BN diturun sebagai tanda protes di atas pengumuman tersebut. Mereka mebantah calon Najib ini kerana dikatakan calon 'turun dari langit' kerana tidak dikenali dan jarang berada di Johol meskipun dia berasal dari Johol. tak tahan dengan desakan seluruh PDM UMNO, maka Mohd Fadzil yang juga seorang ustaz telah letak jawatan sebagai calon (mungkin ALLAH tak nak beliau terlibat dengan dosa-dosa kemungkaran UMNO)
Pemberontakan Ke-4: JOHOR
Ahli UMNO telah menolak pencalonan calon MIC di Dun Puteri Wangsa. Kira-kira 50 orang berdemontrasi untuk menuntut kerusi tradisi UMNO itu dikembalikan daripada MIC. Manakala di Bukit Naning, Ahli jawatankuasa UMNO Bakri, Ghazali Salamon mengisytiharkan akan bertanding sebagai calon Bebas untuk kerusi DUN Bukit Naning Bukit pada 5 Mei. Beliau telah membantah dan menolak keputusan Barisan Nasional yang mencalonkan Ketua Bahagian UMNO Datuk Saipolbahari Suib sebagai calon di Bukit Naning.
Pemberontakan Ke-5: PAHANG
AJK UMNO Bahagian Maran, Ismail Mat Resat isytiharkan untuk menjadi calon bebas di Dun Luit kerana memboikot pengumuman Najib meletakkan Ketua Puteri Bahagian Maran, Nor Hidayah Mohd Shuhaimi sebagai calon. Bukan setakat Ismail, bahkan ada seorang lagi AJK UMNO yang akan bertanding di Dun Liit jika calon baru itu dikekalkan dengan alasan calon Puteri UMNO itu budak hingusan dan mentah.
Pemberontakan Ke-6: KUALA LUMPUR
Sah ada pemberontakkan di Wangsa Maju apabila Ketua MCA Bahagian Wangsa Maju, Datuk Yew Teong Look dijangka akan bertanding bebas setelah calon UMNO, Datuk Shafei Abdullah diletakkan di kerusi tersebut. Katanya kerana mengikut kemahuan akar umbi yang menolak Shafei yang dikatakan ultra melayu dan bermasalah. Juga wangsa maju adalah kerusi MCA dalam PRU lalu.
Pemberontakan Ke-7 : KELANTAN
Di kelantan juga tidak kurang hebatnya. AJK UMNO Bahagian Gua Musang dijangka akan bertanding sebagai calon Bebas di Dun Nenggiri. Beliau telah membeli borang dan akan hadir esok serahkan borang pencalonan. Beliau tidak berpuashati dengan pencalonan Mat yusoff Abdul Ghani yang dan merupakan kumpulan yang anti Ku Li di Gua Musang.
Pemberontakan Ke-8 : SELANGOR
Tepat seperti jangkaan ramai, penguguran Ong Tee Keat sebagai calon di Kawasan Parlimen Pandan telah menyebabkan jentera BN di kawasan itu boikot BN. Malah penduduk di sana turut mengugut untuk mengundi calon PR jika Ong Tee Keat tidak dicalonkan. Ong Tee Keat sebelum ini telah menyatakan dengan tegas untuk menjadi calon Bebas dalam PRU kali ini. Sudah pasti pertandingan 3 penjuru akan berlaku di kerusi panas itu yang akan memberikan kelebihan kepada calon PR, Rafizi Ramli.
Manakala di Kerusi Dun Batang Kali, ianya kecoh apabila penyandang kerusi DUN terbait, Datuk Isa Abu Kassim tidak dicalonkan kali ini. Seorang penyokong tegar Isa yang juga AJK UMNO Cawangan Sungai Buaya, Mustafa Talib isytiharkan sebagai calon Bebas atas keputusan Najib tidak mencalonkan Datuk Isa. Dikhabarkan jentera UMNO di Batang Kali telah lumpuh dan memberikan kesan kepada jentera itu di Parlimen Hulu Selangor.
Di Kerusi Parlimen Kuala Selangor pula, bekas ketua MIC Cawangan Assam menawarkan diri untuk menjadi calon bebas kerana membantah calon BN yang diumumkan Najib. Redwan Abdullah yang juga seorang usahawan, menyatakan bahawa 4000 penyokong BN menolak calon UMNO di Parlimen itu, Irmonahizam Ibrahim yang tak pernah turun padang walaupun anak jati Kuala Selangor. Mereka menolak calon dianggap calon luar dan mahukan calon berwibawa untuk menentang penyandang kerusi itu, Dr Dzulkefly Ahmad.
Pemberontakan Ke-9 : MELAKA
Calon BN bagi DUn Tanjung Bidara, Datuk Kapt (B) Ab Karim Sulaiman telah menarik diri akibat tekanan politik. Beliau merasakan bahawa tidak dapat pertahankan kerusi itu dalam PRU kali ini dan juga kerana masalah kesihatan. Peluang buat PR di Dun itu kerana majoriti yang dimenangi oleh UMNO di kerusi itu hanya 3,383 undi sahaja.
Pemberontakan Ke-10: KEDAH
Satu demontrasi menolak menolak calon BN di N27 Pantai Merdeka, Ali Yahya. Mereka mahukan calon mereka sendiri, iaitu bekas ketua Puteri UMNO Kedah, Shahnim Yusoff.
* Banyak betul pemberontakkan yang berlaku dalam BN ketika ini. Petanda mereka sedang menuju kehancuran. Tamadun Melaka dan tamadun-tamadun hancur bukannya kerana kekuatan musuh, tapi kerana pemberontakkan dalaman dan pergaduhan sesama mereka. Begitu juga Bn. Ini kalilah kita tamatkan riwayat mereka dalam PRU kali ini.. ent Justice for all
Yang tak syoknya gambar protes di Shah Alam tak ada.. ala yang tutup bilik gerakan sebab tak suka budak Kulim tu... wakakaka
Sumber: www.wasukalu.com
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan