Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

7.5.13

BN Menang tapi Tak Popular

Dari statistik yang diuar-uarkan oleh Harian Metro. Baik Parlimen atau DUN; BN sebenar KALAH lagi TEWAS dalam PRU13. Hanya mainan politik seperti persempadanan, agihan parlimen tak seimbang, juga SPR yang tidak amanah lagi bijaksana ketika PRU diadakan menjadikan keputusan PRU13 ke arah menyongsang.

Cer lihat bagi pengundi Parlimen BN cuma 5.23 juta
manakala PR:  mendapat undi PKR 2.25 DAP 1.73 dan PAS 1.63 = 5.61 juta.

Begitu juga dengan statistik untuk DUN

Pengundi BN cuma mendapat 4.51 juta
tetapi PR jauh amat ramai peyokongnya PKR2.13+DAP1.44+PAS1.3 = 4.87 juta.

Bila sy tunjuk kepada anak sy di TADIKA dia pun perasan yang PR jauh lebih besar angkanya. Penyokong DEWASA BN masih tak nampak angka ini.

Ini yang dikatakan kuasa Tuhan mahu menunjukkan politik ini amat bahaya jika diputar-belitkan. Memang tak dinafikan BN menang sebab pandai bermain politik. Tetapi sebenarnya bayangan dari angka ini bagi sy amat mengaibkan kemenangan ini. Dari statistik ini rakyat JELAS telah menolak kerajaan BN tetapi pemimpin BN sengaja bermain politik yang membuang makna demokrasi. Masih nak juga kuasa politik yang terlarang ini.

(Bila disatukan semua penyokong kedua parti baru sedar; ada parti politik di Malaysia amat ROSAK sejak berzaman; Parti ini merosak sistem demokrasi yang ada. Amat buang masa & sakit kronik jika kita cuba menganalisisnya. Sy sampaikan tak sanggup nak baca atau nonton betapa egonya TV kerajaan juga akhbar serta blog pro kerajaan lantaran dapat mempermainkan jiwa rakyat yang menyokong secara buta hati. Malahan dari angka yang tertera rakyat yang tertipu ini begitu ramai & egonya juga bertambah tinggi lantaran mainan duniawi yang songsang oleh kerajaan yang sedia ada  ini)

RangBul@n



Tiada ulasan: