Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

5.5.13

BN bentuk kerajaan di Perak, kuasai 30 kerusi


SAIFULLAH AHMAD
6 Mei 2013
PRU13
IPOH -  Barisan Nasional (BN) berjaya membentuk kerajaan negeri Perak dengan majoriti mudah selepas keputusan setakat jam 1 pagi tadi menyaksikan parti itu menang 30 daripada 59 kerusi Dun.

Umno memenangi majoriti kerusi yang diwakili mereka manakala Gerakan tewas di semua kerusi termasuk kerusi Parti Progresif Penduduk (PPP) yang diwakili Datuk Seri M Kayveas yang bertanding di kerusi Dun Pasir Bedamar.

PR  pula hanya mengharapkan DAP yang memenangi kesemua 18 kerusi Dun berbanding Pas dan PKR.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berjaya mengekalkan kerusi Dun Pangkor selepas menang dengan majoriti besar 5,124 menewaskan calon PKR, Mohd Saifullah Zulkifli.

Pengerusi Pakatan Rakyat Perak (PR) Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin turut menang di kerusi Dun Changkat Jering dengan majoriti 1,170 selepas menewaskan calon BN, Datuk Rosli Husin.

Di peringkat kerusi Parlimen pula, beberapa nama besar seperti Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Lee Chee Leong tewas kepada calon DAP, Ko Chung Seng dengan majoriti 5,400.

Sementara itu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha turut tewas di tangan calon PKR, Laksaman Pertama (B) Mohamad Imran Abd Hamid dengan majoriti 8,168.

Bagaimanapun, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Di Jabatan Perdanan Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz masing-masing menang mempertahankan kerusi Parlimen Bagan Datoh dan Padang Rengas.

Sehingga jam 5 petang, semalam sebanyak 72.56 peratus keluar mengundi dicatatkan daripada 1,406,764 pengundi yang layak berdaftar di Perak.

Pada PRU12 lalu, secara dasarnya BN gagal mempertahankan kerajaan apabila gabungan Pas, PKR dan DAP yang membentuk PR memperoleh majoriti lebih tinggi iaitu 31 kerusi Dun berbanding BN (28).

Apabila berlakunya krisis lompat parti membabitkan empat kerusi Dun masing-masing di Changkat Jering (PKR), Jelapang (DAP), Malim Nawar (DAP) dan Behrang (PKR) yang mengisytiharkan diri sebagai calon Bebas, secara automatik bilangan majoriti kerusi PR berkurang kepada 27 menyebabkan BN mendapat semula kuasa membentuk kerajaan dengan majoriti 32 kerusi.

Tiada ulasan: